Aksi Cemerlang Barkley Bantu Chelsea Belasah Burnley

Aksi cemerlang Barkley berjaya membantu Chelsea menang 0-4 ke atas Burnley semalam.

Chelsea tak dapat menurunkan Hazard yang masih sakit belakang. Namun pasukan The Blues tidak terasa kehilangan Hazard kerana aksi cemerlang pemain yang ada untuk mengisi kekosongan itu.

Ross Barkley bergelut untuk mencapai prestasi terbaik pada musim lalu. Namun pada musim ini menunjukkan peningkatan yang ketara di bawah Maurizzio Sarri. Beliau kini kembali meletakkan namanya untuk bualan peminat EPL.

Sebelum ini, Barkley menjadi pemain yang menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk mengikat Manchester United.

Chelsea di hadapan menerusi Alvaro Morata, yang menerima umpanan cantik daripada Barkley. Morata memiliki deretan peluang untuk menambah gol namun gagal disempurnakan.

Barkley turut mencipta gol untuk Willian dan tak lupa sumbangan beliau ketika melakukan hadangan percubaan Jack Cork.

Barkley juga menjaringkan 1 gol dalam perlawanan ini untuk melengkapkan hari cemerlang beliau. Beliau menerima hantaran daripada N’golo Kante.

Ini bermakna, beliau sudah terlibat secara langsung dalam 6 gol Chelsea dalam 3 perlawanan EPL terakhir.

1 lagi gol adalah menerusi Loftus Cheek pada masa kecederaan. Pemain yang melakukan hatrik pada perlawanan UEL yang lalu.

Chelsea menguasai 70% perlawanan dengan 16 percubaan ke arah gol. Itu sudah cukup menggambarkan betapa dominan dan agresif pasukan Chelsea menyerang lawan mereka.

Maurizzio Sarri menjadi pengurus Chelsea pertama yang tak kalah dalam 10 perlawanan liga pertama yang dikendalikan.

Kemenangan ini meletakkan Chelsea berada di tangga ke-2. Mereka juga kekal tak kalah lagi setakat ini pada musim ini. Penyokong Chelsea pastinya lega dengan aksi cemerlang Barkley yang sebelum ini dianggap ‘the forgotten man’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN