Hatrik Luis Suarez Warnai Pembantaian Real Madrid Di Nou Camp

Hatrik Luis Suarez menjadi topik yang akan menghiasi dada akhbar esok untuk elak clasico kali ini.

Hatrik Luis Suarez membantu Barcelona membelasah Real Madrid 5-1 dalam pertarungan El clasico pertama musim ini.

Barcelona mendahului dengan 2 gol pada separuh masa pertama. Mereka memulakan aksi dengan sangat baik.

Coutinho meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke-11.

Luis Suarez kemudiannya dijatuhkan di dalam kotak penalti. VAR digunakan untuk menilai penalti itu yang awalnya tak diberikan.

https://twitter.com/D9INE_2019/status/1056577286785265664?s=19

Suarez dengan tenang menyempurnakannya dan mendedikasikan gol itu kepada anaknya yang baru lahir.

Bersambung babak kedua perlawanan, Real Madrid memperkemaskan aksi mereka. Perlawanan menjadi agak seimbang.

Marcelo merapatkan kedudukan untuk Real Madrid pada minit ke-50. Satu kawalan dalam zon sempit yang sangat baik daripada Marcelo.

https://twitter.com/viaVide13826451/status/1056583650094075904?s=19

Real Madrid mendapat beberapa lagi peluang gol selepas itu menerusi Benzema dan Isco.

Namun selepas itu Barcelona sekali lagi mendominasi perlawanan.

Pada minit ke-75, Luis Suarez menanduk cantik hantaran Sergi Roberto. Satu teknik tandukan yang sangat baik menggunakan kekuatan tengkuk beliau menolak bola mengatasi Courtois.

Pada minit ke-80 Real Madrid kehilangan Marcelo yang cedera. Beliau adalah pemain dalam prestasi terbaik dan pastinya ia kehilangan besar mereka.

Luis Suarez melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-83. Berpunca daripada kesilapan Ramos yang mengawal bola dengan dada dan dirampas oleh Sergi Roberto.

Suarez menerima bola dan dengan licik melakukan chip melepasi Thibaut Courtois. Mimpi ngeri Courtois pada debut el clasico.

Pemain gantian Arturo Vidal menambah derita Real Madrid dengan gol ke-5 hasil umpanan sorang lagi pemain gantian, Ousmane Dembele.

Benzema kemudian melakukan salah satu ‘miss’ yang agak teruk apabila gagal menyempurnakan peluang gol pada masa kecederaan.

Tamat perlawanan menyaksikan Barcelona menang besar 5-1 dan pastinya hatrik Luis Suarez ini akan diingati selepas ini.

Tekanan pastinya kepada Julen Lopetegui yang masih gagal memperbaiki beberapa kelemahan dalam pasukan mereka. Beberapa keputusan yang tidak memihak kepada Real Madrid pastinya membuatkan beliau tak senang duduk ketika ini.

Ini merupakan kekalahan keempat Real Madrid selepas 10 perlawanan. Mereka kini berada di tangga ke-9.

Manakala Barcelona kekal di tangga teratas. Mereka 2 mata kiri atas Atletico Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN