Jurgen Klopp sekali lagi berang dan ‘meroyan’ terhadap seorang wartawan televisyen selepas pasukan kendaliannya tewas 4-1 kepada Manchester City di Anfield pada awal pagi tadi. Kali ini beliau mengarahkan seorang wartawan dari Israel ‘untuk lebih bersedia dengan tugasnya’.
Kekalahan Liverpool kepada Man City pada awal pagi tadi bermakna percubaan Liverpool untuk mengekalkan kejuaraan pada musim lalu hampir musnah. Berada di kedudukan keempat liga, The Reds kini sudah ketinggalan 10 mata berbanding Man City yang selesa mendahului dengan kelebihan lima mata ke atas Manchester United di tangga kedua.
Apabila ditanya tentang perbezaan di antara Liverpool dan City oleh Niv Dovrat dari Stesen TV Israel Sport 1, Klopp dengan marahnya mendakwa wartawan itu membazir soala yang diberikannya kerana bertanya mengenai peluang kejuaraan Liverpool pada musim ini.
“Saya amat berpendapat anda perlu melakukan persediaan lebih baik dengan tugas anda. Bagaimana anda boleh bertanya soalan sedemikian?
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1358716397988290560
“Mereka sudah 13 mata di hadapan, pada pendapat saya, dan soalan ini ialah mengenai menjadi juara – adakah anda berpendapat ia (soalan) sesuai pada masa ini?
“Kita hanya ada dua soalan dan anda telah membazir salah satu daripadanya. Salah sendiri, anda hanya ada dua soalan.”
Klopp kemudian mendesak agar Dovrat tidak dibenarkan bertanya apa-apa soalan lagi dan menganggap dua slot soalan telah digunapakai, sebelum mulai berlembut dengan berkata The Reds kini mensasarkan kedudukan empat teratas liga.
“Saya berpendapat mereka (City) semakin menjarakkan diri. Saingan (untuk empat kedudukan teratas) amat jelas. Kita akan cuba melakukan itu.
Dovrat kemudiannya mempertahankan soalan yang diajukan kepada Klopp dan melabel sikap amarah Klopp ketika disoal adalah perkara luarbiasa.
https://twitter.com/nivdovrat/status/1358716339968434177
Melalui akan Twitter, Dovrat berkata: “Saya telah menemubual pengurus Liverpool itu banyak kali sejak beberapa tahun lalu. Malam tadi, saya didedahka dengan respon berlainan dari kebiasaan.
“Apabila dilihat kembali, saya berpendapat gaya, cara, dan nada suara soalan ditanya semuanya tiada masalah. Tetapi mungkin pengurus [Klopp] tidak bersetuju dengan saya.”
A 𝙃𝙐𝙂𝙀 win for @ManCity 🔵#LIVMCI pic.twitter.com/rhPEvmsFpJ
— Premier League (@premierleague) February 7, 2021
Dovrat bukan satu-satunya mangsa Klopp melepaskan amarahnya. Klopp turut mengkritik wakil Sky Sport, Geoff Shreeves dan mempersoalkan reaksi wartawan itu ketika beliau menjelaskan prestasi pasukan dalam perlawanan tersebut.
“Akhirnya apabila anda kalah 4-1, ia bukan hari anda tetapi sebahagian besar dari perlawanan ini kami amat menakjubkan.
“Bola sepak yang bagus, saya boleh melihat ke dalam mata [Geoff Shreeves] bahawa anda melihat perkara itu dengan berbeza.
Jurgen Klopp says top four is now Liverpool's 'main target' after suggesting Alisson's blunders in their defeat to Manchester City could have been down to cold feet.
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 8, 2021
“Saya amat sukakan [permainan Liverpool], kami bermain bola sepak yang bagus menentang City yang bermakna anda berada di dalam permainan. Penguasaan bola tidak seperti biasa apa yang dimiliki City.
Shreeves kemudiannya menegaskan beliau bukannya sengaja dilihat sebegitu setelah Klopp menujukan kata-kata tersebut khas kepada beliau.
Ini bukan kali pertama Klopp mempersoalkan Shreeves pada minggu ini. Pengurus dari Jerman itu mengkritik wartawan tersebut sebelum ini kerana mempersoalkan kemampuan Liverpool mempertahankan kejuaraan sebelum perlawanan menentang Manchester City.
Kali ini selepas berdiam diri, Shreeves bertanya pula sama ada Liverpool masih mampu mempertahankan kejuaraan di sebalik perbezaan mata, ini pula jawapan pengurus terbaik dunia itu:
Jurgen Klopp and Geoff Shreeves in awkward interview exchange after Liverpool defeat https://t.co/VKWWaD7hOq pic.twitter.com/vTj4OcZMj4
— Mirror Football (@MirrorFootball) February 8, 2021
“Jujur saya tidak faham akan kamu. Satu-satunya perkara yang kamu mahu bincangkan ialah kami muncul juara.
“Boleh tak anda bayangkan…pernah tak anda menjadi penyampai sukan terbaik di dunia? Adakan anda rasa ia mungkin? Cubalah.
“Kami sudah mencuba. Tetapi jika saya kata ia mungkin, atau jika ia tidak mungkin, maka kita akan ada tajuk utama akhbar yang berlainan.
“Kenapa perlu kita lakukan itu? Mari bercakap mengenai situasi sekarang. Jika kita semua tidak berminat untuk itu, saya tidak faham mengapa kita perlu terus berbicara.”
Nampaknya semua perkara serba tidak kena buat Jurgen Klopp dan Liverpool pada musim ini.
Baca artikel lain mengenai Liverpool dan Jurgen Klopp di sini:
‘Gantikan Dengan Steven Gerrard!’ – Penyokong Liverpool Desak Klopp Dipecat
Analisis Taktikal: Bagaimana Phil Foden Jadi Fokal Sistem ‘Strikerless’ Guardiola Benam Liverpool
Senarai Alasan “Ganjil” Pernah Diberikan Klopp Setiap Kali Liverpool Tercicir Mata