Klopp Berang Dengan Tindakan Pengadil Beri Penalti

Penalti kontroversi mewarnai perlawanan tumpuan di Anfield apabila perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Tottenham Hotspur berakhir dengan keputsan seri 2-2.

Liverpool mendahului seawal minit ke-3 ataupun pada 114 saat perlawanan baru bermula. Ini selepas Eric Dier melakukan kesilapan dan Salah berada dalam kedudukan 1 lawan 1 dengan penjaga gol. Ianya gol EPL ke-20 Salah dalam EPL.

Perlawanan berakhir 2-2 dan Liverpool kekal di tangga ke-3 hanya 1 mata di atas Chelsea. Spurs berada di tangga ke-5, 1 mata di belakang Chelsea.

Mengulas mengenai perlawanan itu, pengurus Liverpool Juergen Klopp berang dengan keputusan pengadil yang memberikan penalti saat akhir kepada Tottenham Hotspur yang membolehkan mereka seri 2-2 dalam aksi di Anfield awal pagi tadi dan penjaga garisan menjadi sasaran kemarahan beliau.

Pasukan tuan rumah itu hampir mendahului lima mata mengatasi Tottenham di tangga kelima selepas Mohamed Salah meletakkan mereka 2-1 pada minit terakhir sebelum Spurs diberikan penalti.

Pengadil Jon Moss membuat keputusan itu selepas berbincang dengan penjaga garisan yang menyaksikan kekasaran Virgil van Dijk ke atas Erik Lamela, dan Harry Kane memanfaatkannya untuk gol Liga Perdana ke-100 peribadinya dan satu mata buat pasukan.

Sepakan penalti itu adalah yang kedua diberikan kepada Tottenham dalam perlawanan itu selepas Kane dikatakan dikasari lawan pada minit pada minit ke-83.

Ulangan permainan menunjukkan pemain itu di kedudukan ofsaid sewaktu dia mendapat bola namun penjaga garisan tidak mengibarkan bendera, mendakwa hantaran kepada Kane dilakukan Dejan Lovren.

“Sentuhan paling sedikit sepanjang permainan itu menentukan nasib perlawanan. Ia bukannya penalti,” kata Klopp.

“Lamela berlari ke arah Van Dijk, dia melihatnya pada saat akhir. Lamela sudah pun berada di bawah. Pengadil kata teruskan, penjaga garisan membuat keputusan dan itulah yang berlaku.

“Jelas sekali penjaga garisan tersilap. Penalti pertama itu adalah keputusan ofsaid paling jelas pernah saya saksikan. Saya tidak tahu jika ada peraturan baru. Apabila bola melepasi kaki pemain Tottenham, Harry Kane dikira ofsaid. Pertahanan yang bagus meletakkannya di kawasan ofsaid.”

Klopp berkata Lovren tidak melakukan hantaran tetapi kakinya terkena bola.

“JIka saya boleh katakan apa yang saya fikirkan, saya sedia membayar denda terbesar dalam bola sepak. Saya tidak kisah jika melakukan kesalahan tetapi ini adalah ofsaid,” kata jurulatih kelahiran Jerman itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN