Sejak tiba di Liverpool, Alisson Becker telah menjadi pemain sensasi dalam kalangan peminat kelab tersebut.
Kehadirannya ke Anfield juga telah memberikan keampuhan kepada pertahanan pasukan tersebut yang selama ini berada dalam keadaan rapuh.
Menurut laman ESPN, pengurus Liverpool iaitu Jurgen Klopp mengakui beliau terkejut dengan kualiti yang ada pada Alisson.
Pada hemat Klopp, kualiti hantaran Alisson kepada Roberto Firmino ketika mereka mencipta gol keempat Liverpool cukup mengejutkan pengurus itu.
“Ianya merupakan satu kejutan, kejutan yang baik sebenarnya.”
“Mungkin kerana itulah Alisson merupakan seorang pemain bola yang cukup baik.”
Bagi Klopp, Alisson merupakan seorang pemain yang cukup berpengaruh dengan kualiti kawalan serta hantaran bola yang ada pada dirinya.
“Ianya satu perkara yang cukup jelas apabila beliau merupakan seorang pemain yang cukup berpengaruh ketika memegang bola.”
“Tapi jujurnya saya tidak perasan yang beliau sebagus ini, mungkin cara permainan AS Roma berbeza dengan kami.”
Kehadiran Alisson ke Liverpool berjaya mengatasi masalah penjaga gol yang dihadapi oleh mereka pada beberapa musim yang lalu.
Pada musim ini, mereka hanya berjaya dibolosi sebanyak 8 kali sahaja selepas tamat separuh saingan Premier League.
Hal ini memberikan Liverpool kelebihan +40 dari segi perbezaan jaringan.
Liverpool bakal berhadapan Manchester City dalam perlawanan getir yang mungkin akan menentukan hala tuju gelaran Premier League pada musim ini.