Klopp Ada Resepi Rahsia Tewaskan Manchester City

Pengendali Liverpool, Juergen Klopp sudah pun membuat persiapan rapi dan menyusun taktikal bagi menghadapi pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City yang dibimbing oleh Pep Guardiola.

Beliau menjangkakan aksi sengit apabila kelab Merseyside itu berdepan The Citizens dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini.

Menurut Klopp, anak buahnya kini berada di tahap terbaik dan mampu melakukan kejutan ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris itu untuk mara ke kelompok empat terbaik Eropah.

City bertandang ke Anfield untuk pusingan pertama suku akhir, meneruskan seteru yang menyaksikan 12 gol dijaringkan dalam dua pertembungan terakhir antara kedua-dua pasukan.

“Jika saya diberi pilihan untuk menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara pada Rabu, saya akan menonton perlawanan ini,” kata Klopp.

“Saya rasa ia pasti hangat…ia berkenaan taktik tetapi akan ada ‘api’ dalam perlawanan itu, jadi ia amat menarik. Malah ia berlangsung di Anfield, jadi suasananya sangat bagus untuk ditonton.”

Salah dijangka akan jadi sandaran untuk merobek gawang Manchester City. (Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Liverpool tewas 5-0 dalam aksi liga di Stadium Etihad September lalu selepas penyerang Sadio Mane dibuang padang tetapi menebus kekalahan mereka dengan kemenangan 4-3 di Anfield pada Januari, satu-satunya kekalahan City dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini.

Walaupun tewas, skuad kendalian Pep Guardiola kekal dengan jurang 16 mata di puncak liga dan Klopp mengakui sukar untuk menyingkirkan City dalam aksi timbal balik saingan Eropah itu.

“Adakah kami fikir sebelum perlawanan pertama itu yang kami akan tewas 5-0? Tidak. Adakah kami fikir akan menang 4-3 pada perlawanan kedua? Tidak. Tetapi adakah kami tahu kami mempunyai peluang? Iya.

“Sebenarnya memang jelas kami di tahap yang sama tetapi mereka lebih konsisten dan sebab itu mereka berada lebih tinggi dalam liga. Kami yakin dengan peluang kami tetapi kami sedar ia amat sukar,” kata Klopp.

Kedua-dua memanaskan badan menjelang pertemuan itu dengan kemenangan liga pada hujung minggu. Liverpool mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga dengan kemenangan 2-1 di Crystal Palace, manakala City menang 3-1 ke atas Everton di Goodison Park.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN