KLFA Rayu MFL Tarik Balik Hukuman Sekatan Perpindahan

Minggu lalu badan pentadbir liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) menjatuhkan hukuman sekatan perpindahan dan pemotongan geran tahunan gara-gara kerana kegagalan pasukan mematuhi tarikh akhir pendaftaran pasukan pada 31 Disember lalu.

Salah satu pasukan yang berdepan hukuman tersebut ialah pasukan Kuala Lumpur dan pengurusan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) sudah mengemukan rayuan kepada MFL untuk menarik balik hukuman sekatan perpindahan.

Menurut Setiausaha Agung KLFA Nokman Mustaffa, pihaknya berharap MFL dapat mempertimbangkan rayuan mereka bagi membolehkan mereka mendaftar seorang pemain import baharu pada jendela perpindahan kedua yang akan dibuka pada 2 Mei ini.

Ketika ini, skuad Kuala Lumpur diperkuatkan oleh empat pemain import iaitu Guilherme De Paula, Paulo Josue, Ryutaro Karube dan Luke Woodland selepas kontrak Sylvano Comvalius dan Achmad Jufriyanto ditamatkan.

“Paling penting kita harap mereka boleh benarkan kita ambil import baharu, sebab kita pun sudah tamatkan kontrak seorang pemain. Jadi kita perlukan sekuarng-kurangnya seorang pemain untuk ganti.

“Ketika menentang PKNS kita hanya guna seorang import selepas dua lagi berdepan penggantungan dan cedera. Sebab itu kita sangat perlukan import dan kita harap MFL boleh pertimbangkan (tarik balik hukuman).

“Maknanya kita harap sedikit budi bicara daripada MFL, jangan terlampau keras sangat sampai kami kehilangan pemain dan merugikan persatuan,” katanya dalam Berita Harian

FOTO: Kuala Lumpur FA

Nokman turut menjelaskan mereka tidak akan menggunakan dana daripada geran tahunan untuk membeli pemain import sebaliknya akan melaburkan untuk pembangunan akar umbi.

“Geran tahunan itu kita tidak akan guna untuk dapatkan pemain import tapi untuk pembangunan skaud muda. Bagi skuad Liga Super kami sudah mempunyai kewangan yang cukup.

“Sebab itu kita minta mereka buka (sekatan perpindahan) untuk ambil pemain baharu, kalau mereka turtup susahlah KLFA. Jadi, keputusan rayuan itu lagi cepat lagi bagus,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN