Wan Kuzain Bakal Sertai Skuad Harimau Malaya?

Semalam akhbar tempatan melaporkan sekurang-kurangnya tujuh pemain berdarah kacukan Malaysia di luar negara dalam lingkungan usia 16 hingga 24 tahun sedang dipantau oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya pada masa yang akan datang.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan seorang ejen bola sepak yang bersedia membantu membawa pemain tersebut untuk menyarung jersi Malaysia.

Bercakap dalam Harian Metro, Stuart bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemain berkenaan dan menjelaskan jika aksi pemain itu berjaya memikat jurulatih, tak mustahil mereka akan dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

“Saya sudah mengadakan perbincangan bersama ejen berkenaan dan boleh mengesahkan tujuh pemain kacukan iaitu lima daripada mereka berusia lingkungan 16 tahun.

“Dua lagi berusia lingkungan 24 tahun dan mereka kini bermain untuk pasukan tertentu di Eropah, namun saya tidak boleh menyatakan identiti mereka sekarang ini.

“Enam daripada pemain berkenaan berdarah campuran Inggeris, manakala seorang lagi Nigeria dan mereka ini sememangnya berbakat dalam bola sepak,” katanya.

Wan Kuzain Wan Kamal merupakan salah seorang pemain berdarah Malaysia yang beraksi di luar negara. (Photo by Scott Winters/Icon Sportswire via Getty Images)

Selain tujuh pemain berdarah kacukan tersebut, antara pemain yang berpotensi untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya ialah pemain tengah Sporting Kansas City, Wan Kuzain Wan Kamal.

Malah, baru-baru ini tular di media sosial mengenai pemain kacukan England-Malaysia, Jamie Qureshi berusia 16 tahun yang pernah dipilih mewakili skuad kebangsaan England bawah 15 tahun.

Stuart turut menjelaskan FAM akan memantau perkembangan pemain tersebut dan bersedia memanggil mereka pada masa yang akan datang jika sudah bersedia.

“FAM akan mengumumkan perkara ini selepas mendapat maklumat lanjut berkaitan pemain berkenaan dan pada masa sekarang identiti mereka tidak boleh didedahkan kerana boleh menimbulkan beberapa masalah lain,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN