KLFA Rancang Wujudkan ‘Feeder Club’ Di Liga Malaysia

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) bercadang mewujudkan sebuah pasukan simpanan, atau pun lebih dikenali sebagai ‘feeder club’ di Liga Malaysia.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa atas keyakinan kaedah itu mampu menghasilkan bakat baru di dalam bola sepak untuk The City Boys pada masa akan datang.

Menurut beliau seperti ketika bercakap kepada Harian Metro, dengan adanya feeder club bakat pemain muda skuad warga kota tidak akan disia-siakan dengan sekadar memanaskan bangku pemain simpanan sahaja.

“Kami tidak mahu lagi bergantung kepada pemain luar menyebabkan mengambil inisiatif mahu menubuhkan pasukan feeder yang berperanan membangunkan pemain muda dengan lebih sistematik,” kata Nokman

“Ada antara pemain muda yang berbakat ketika ini tidak mendapat pendedahan secukupnya sekali gus menganggu perkembangan mereka terutama untuk beraksi lebih cemerlang.”

Foto: KL Hawks

Sehubungan dengan itu, Nokman berkata KLFA akan mendapatkan khidmat nasihat daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) berkaitan penubuhan kelab pembangunan tersebut.

Bagi Nokman, KLFA turut perlu mulai mengorak langkah dengan memperkasakan program akar unbi demi memastikan lebih ramai bakat baru berkebolehan mampu membarisi pasukan utama di masa akan datang.

JDT adalah pasukan pertama yang menubuhkan pasukan simpanan di saingan Liga Malaysia.

JDT II

Idea itu kemudiannya turut diikuti oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBNST) beberapa musim kemudian.

Untuk saingan Liga Premier 2020, sekurang-kurangnya empat pasukan ‘feeder club’ turut akan mengambil bahagian selepas permohonan Selangor FA dan Perak FA menjadikan PKNS FC dan PKNP FC sebagai pasukan simpanan masing-masing telah diluluskan oleh MFL baru-baru ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN