Haaland Telah Putuskan Masa Depannya – Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menimbulkan persoalan selepas mengatakan, penyerang muda sensasi, Erling Braut Haaland telah pun membuat keputusan tentang apa yang akan dilakukannya semasa pintu perpindahan dibuka pada bulan depan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Haaland telah bersetuju untuk berpindah ke Old Trafford selepas terdapat beberapa laporan mengatakan pemain itu telah menghubungi Solskjaer dan menyatakan minatnya untuk menyertai The Red Devils.

Penyerang berusia 19 tahun itu merupakan pemain yang paling dikehendaki di Eropah selepas menjaringkan 28 gol dari 22 penampilan dalam semua pertandingan untuk Red Bull Salzburg ketika saingan belum pun memasuki separuh musim.

Solksjaer yang bekerjasama dengan Haaland selama dua tahun di Molde memberikan penyerang itu debut pertamanya ketika berusia 16 tahun. Beliau difahamkan telah terbang ke Austria pada Jumaat lepas untuk berjumpa dengan pemain remaja berkenaan.

Solskjaer ketika ditemubual BBC diminta untuk menyatakan nasihat beliau buat Haaland.

“Dia tahu apa yang dimahukan dan tahu apa yang dia akan lakukan. Saya tidak perlu memberikan apa-apa nasihat kepada pemain pasukan lain.”

Dua kelab Bundesliga, Borussia Dortmund dan RB Leipzig dipercayai telah menyertai perlumbaan untuk mendapatkan pemain antarabangsa Norway itu yang menjaringkan lapan gol dalam lima perlawanan awal peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Beliau turut membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan negaranya pada September lepas dan kini urusan kariernya diuruskan oleh ejen terkenal, Mino Raiola yang turut mengendalikan pemian bintang lain seperti Zlatan Ibrahimovic dan Paul Pogba.

United sebelum ini enggan mengeluarkan kenyataan sama ada mereka telah pun membuat bidaan rasmi bagi mendapatkan pemain tersebut. Bagaimanapun kelab itu dipercayai akan mendapatkan penyerang baharu pada Januari ini.

Solskjaer merasakan penambahan baharu akan memberi kelebihan kepada jentera serangan United dan penyertaan Haaland mungkin dapat membantu ‘ruang’ yang ditinggalkan oleh Romelu Lukaku selepas pemain itu menyertai Inter Milan pada musim panas lepas.

United masih kekal bersaing dalam empat kejohanan termasuk Piala Carabao di mana mereka akan menerima kunjungan kelab divisyen ketiga, Colchester di peringkat suku akhir pada Rabu ini.

Keputusan seri 1-1 dengan Everton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad meletakkan United kekal di tangga keenam, ketinggalan empat mata untuk mengejar kedudukan empat terbaik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN