KLFA: Kewujudan Liga M3 & M4 Langkah Proaktif Tingkat Mutu Bola Sepak Tanah Air

KLFA

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Astaman Abdul Aziz melihat kewujudan Liga M3 dan M4 bagi membantu perkembangan bola sepak amatur adalah salah satu langkah proaktif meningkatkan mutu liga bola sepak di negara ini.

Jelas Astaman, dengan adanya langkah ini, beliau mengharapkan ia akan menjadi titik permulaan kepada langkah untuk menarik lebih banyak perhatian syarikat-syarikat swasta di luar sana mendekati Liga M3 dan M4.

Selain itu, Astaman optimis pendekatan Amateur Football League (AFL) ini akan membuka lebih banyak ruang pencarian bakat baharu di luar sana selain mengharapkan sokongan masyarakat kepada Liga-Liga Sosial.

“Banyak sebenarnya ruang di luar sana dalam bola sepak ini dan bila sudah ada liga seperti ini, kita harap semua pihak mampu menaikkan semangat untuk kita sama-sama menyokong.

“Besar harapan kami melihat ada syarikat-syarikat besar untuk membantu bukan sahaja penajaan pasukan tetapi kepada infrastruktur seperti padang yang mungkin boleh membantu lagi banyak percambahan pasukan baharu.

“Melalui adanya Liga M4 atau liga-liga sepertinya, kita harap ia akan jadi lapisan dalam persediaan melahirkan ramai bertaraf profesional sebelum mereka melangkah ke saingan Liga Super atau Liga Premier, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Memorandum M4 antara KLFA dan AFL di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perkembangan sama, Astaman mengakui beliau berbangga dengan Liga KLFA yang kini mempunyai penyertaan 47 pasukan daripada tiga divisyen sekaligus menjadi antara liga yang menjadi tumpuan kebanyakan pasukan sosial.

“Walaupun pencapaian pasukan Kuala Lumpur di Liga Super cukup suram pada musim ini tetapi kami gembira dengan apa yang kami lakukan pada liga di peringkat kami sendiri.

“Ramai pemain hebat ada dalam saingan liga kami dengan penyertaan Liga Super ada 10 pasukan, Divisyen 1 ada 14 pasukan sementara Divisyen Dua menarik perhatian 23 pasukan buat masa ini.

“Ini merupakan titik permulaan buat kami dalam membantu perkembangan pasukan Kuala Lumpur di masa depan sama ada bersaing di Liga Super atau Liga Premier,” ujarnya.

Sementara itu Pengurus Besar AFL, Hairul Azlee Mansor berkata, beliau berbangga dengan penyertaan Liga Super KLFA sebagai komponen M4 sambil menyatakan liga ini antara ada prestijnya jika dilihat pada pencapaian liga amatur.

“Liga Super KLFA ini sudah wujud sebelum adanya MFL atau lebih dikenali sebagai FMLLP (Football Malaysian Limited Liability Partnership) sebelum ini.

“ Pasukan-pasukan yang bermain dalam liga ini antara yang terhebat dan kompetitif, diharapkan melalui memorandum ini bagi tahun kedua, saya harap ia satu langkah yang baik kepada masa depan Liga Super KLFA.

“Kami mahu melihat lebih banyak penaja swasta di luar sana menjadi sebahagian dalam komponen pada M4, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN