Paunovic, Agba Dipilih Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier Edisi Jun & Julai

Pemain terbaik

Pemain pasukan Sabah FA, Rodoljub “Roki” Paunović dan PDRM FA, Uche Agba telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – asiana.my – All Sports Images And News Agency bagi edisi Jun dan Julai 2019.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail di Subang Jaya hari ini. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pengasas asiana.my, Kamarul Akhir Mohammed Zan.

Paunović yang ditemui selepas majlis penyerahan tersebut nyata gembira dan menyifatkan kerjasama rakan-rakan sepasukan turut menyumbang pada kemenangan beliau.

“Ucapan penghargaan kepada pihak PFA Malaysia kerana mewujudkan anugerah ini dan tidak lupa juga buat para penyokong yang mengundi”

“Pastinya saya juga turut gembira buat pasukan saya (Sabah FA) yang akan beraksi di liga super pada musim hadapan dan diharapkan kami akan buat persiapan sehabis baik bagi menghadapi saingan pada musim hadapan.

Manakala Uche Agba mengucapkan ribuan terima kasih buat para penyokong yang mengundi beliau bagi pencalonan untuk bulan Julai.

“Saya turut tujukan kemenangan terutama barisan kejurulatihan dan pemain pasukan PDRM FA yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen terbaik ketika beraksi”

Paunović menerima undian tertinggi bagi edisi Jun sebanyak 43.25% (2,892 Undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Ramadhan Saifullah dari JDT II, Bruno Suzuki dari TFC II, Anselmo Arruda da Silva dari Pulau Pinang dan Wan Mohamad Faiz Wan Sulaiman dari UKM FC.

Untuk rekod, beliau merupakan pemain keenam dari pasukan Sabah FA yang berjaya memenangi anugerah ini selepas Robson Rendy Rining (Februari 2018), Hector Omar Ramos Lebron (Jun 2018), Luka Milunović (Februari 2019), Luiz Junior (Mac 2019) dan Rawilson Batuil (Mei 2019)

Manakala Uche Agba mengungguli undian bagi edisi Julai sebanyak 46.16% (3,969 Undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Mohammad Al-Hafiz Harun dari Pulau Pinang, Nik Akif Syahiran dari Kelantan FA, José Almir Barros Neto dari Negeri Sembilan dan Mateo Roskam dari UKM FC.

Uche Agba merupakan pemenang pertama dari pasukan PDRM FA sejak anugerah untuk liga premier ini diperkenalkan pada 2016.

Kedua-dua pemenang tersebut menerima sebuah trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my, wang tunai berjumlah RM500, jersi khas tajaan Great Heights dan gel sukan aktif tajaan Maselfix.

Tahun 2019 menyaksikan sejarah tercipta apabila peningkatan jumlah undian bagi Liga Premier sebanyak 33,724 undi dicatatkan berbanding undian pada tahun 2018 yang mencatatkan 8,861 undi. Peningkatan sebanyak 380% undi dari tahun 2018.

Melihatkan kepada perkembangan positif tersebut, pihak PFAM turut  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong yang terlibat dalam undian ini.

Kredit foto: asiana.my

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN