KL City Lancar Kerjasama Dengan Kelab La Liga Cadiz

Pasukan Liga Super, Kuala Lumpur City telah melancarkan kerjasama dengan kelab La Liga iaitu Cadiz.

Lagi yang diambil ini jelas menarik perhatian ramai pihak selepas juara Piala Malaysia 2021 itu berjaya mengikat kerjasama dengan salah sebuah pasukan dari liga utama dunia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard, kerjasama ini akan memberikan banyak manfaat kepada mereka sepanjang tempoh perjanjian.

“Ini merupakan manfaat yang bernilai dalam memberikan pendedahan kepada para pemain dan jurulatih kami kepada program latihan dan kursus pengurusan bola sepak yang dianjurkan samada di Malaysia atau Sepanyol” ujar Stanley.

Dalam perjanjian tersebut, KL City akan memperoleh peluang untuk menggunakan kepakaran Cadiz dalam usaha memajukan pasukan.

Hal ini juga termasuklah peluang menggunakan fasiliti Cadiz ketika KL City melakukan latihan pra-musim semasa ke sana.

Bagi Cadiz pula, kerjasama ini dapat membantu Cadiz meluaskan jenama mereka di rantau Asia Tenggara seiring dengan misi kelab itu membangunkan nama pasukan.

“Cadiz mempunyai fokus strategik di Asia Tenggara dan kami percaya bahawa kerjasama bersama KL City merupakan langkah pertama yang penting bagi memperkenalkan pasukan kami di dalam pasaran Malaysia.

“Kami tidak sabar untuk melihat pemain-pemain mereka bersama kami di Sepanyol dan pada waktu yang sama, kami berhasrat untuk membawa pasukan kami ke rantau tersebut dalam waktu yang terdekat,” kata pemilik bersama Cadiz, Ben Harburg.

Perjanjian antara dua kelab ini ditandatangani oleh Stanley yang mewakili KL City. Manakala Jose Luiz Donoso Alvarez yang merupakan Pengarah Operasi Cadiz mewakili kelab Sepanyol itu.

Kerjasama ini dipengerusikan oleh Adrian Vazquez yang merupakan wakil La Liga di Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN