Marselino Ferdinan Cemerlang Jalani Aksi Pra Musim Bersama KMSK Deinze

Bintang muda Indonesia, MarselinoMarselino Ferdinan sekali lagi menjadi tumpuan ramai pemerhati bola sepak di Asia Tenggara, setelah tampil cemerlang menjalani aksi pra musim kini bersama KMSK Deinze.

Marselino yang menyertai KMSK Deinze sebelum itu mengejutkan ramai pihak, kerana pada usia masih muda beliau berjaya menarik minat kelab divisyen kedua di Belgium tersebut sebelum ditandatangani.

Selepas cemerlang dalam saingan Liga 1 Indonesia bersama Persebaya Surabaya, kelibat Marselino mula mencuri perhatian pula buat skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Bawah kendalian Shin Tae-yong, corak permainan Marselino jelas semakin meningkat sehingga nama beliau mencuri perhatian beberapa kelab di Eropah sebelum ditandatangani oleh KMSK Deinze.

Marselino yang ketika ini menjalani siri pra musim bersama pasukan tersebut berjaya mencuri tumpuan menerusi dua gol diledak beliau ketika mereka mencatat kekalahan 2-5 di tangan Groningen FC menerusi laporan dikeluarkan oleh CNN Indonesia.

Walaupun tewas pda perlawanan tersebut, Marselino menjadi antara pemain paling mencuri perhatian selepas ketajaman beliau berjaya membantu KMSK Deinze mendapat dua gol.

Pemain tengah menyerang ini dijangka akan terus dikekalkan dalam kesebelasan utama untuk aksi pra musim seterusnya berdepan wakil dari Belanda iaitu FC Emmen.

Seperti diketahui, FC Emmen beraksi dalam saingan Eredivisie pada musim lalu dan mempunyai sebilangan pemain berkualiti tinggi walaupun tidaknkonsisten dalam persaingn liga.

Ianya pasti memberi suatu lagi pengalaman berguna buat Marselino dalam usaha untuk membentuk diri menjadi pemain bola sepak jauh lebih berkualiti berbanding rakan-dakan di Indonesia pada masa akan datang.

Jika aksi pra musim ini berjalan dengan lancar, ianya bakal memberi nilai tambah terbaik untuk Marselino untuk mencuri peluang beraksi bersama skuad utama pada musim hadapan.

Persaingan sengit untuk merebut kesebelasan utama atau minit permainan membabitkan rakan sepasukan KMSK Deinze, menjadikan Marselino sedikit terbatas untuk mempamerkan segalanya di atas padang musim lalu.

Sebelum ini, Marselino juga turut mencuri perhatian ramai ketika Indonesia menentang Argentina dengan pemain muda itu berjaya mengatasi ramai bintang dunia tersebut menerusi ketenangan serta skil individu dimiliki beliau.

Pada usia masih muda ini, dijangka Marselino bakal mempamerkan lebih banyak kualiti diperlukan skuad kebangsaan Indonesia untuk menjadi pelapis terbaik pada generasi masa akan datang.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN