KL City Kecam Tindakan Ganas Yang Diterima Penyokong Mereka Semasa Final Piala FA

KL City
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
01:12
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Finalis Piala FA 2023, Kuala Lumpur City (KL City) menzahirkan rasa kecewa dan kesal diatas apa yang menimpa penyokong mereka sewaktu perlawanan akhir melibatkan kelab itu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, perlawanan yang dimenangi oleh JDT itu dicemari dengan insiden penyokong KL City cedera dipukul oleh pihak keselamatan stadium.

Penyokong tersebut mendakwa pihak Johor Military Force (JMF) yang melakukan tindakan tersebut dan laporan polis telah pun dibuat untuk siasatan dilakukan.

Dalam pada itu, KL City dalam kenyataan mereka mengatakan mereka bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan.

“Kuala Lumpur City Football Club amat berdukacita serta kecewa di atas insiden yang berlaku semasa perlawanan akhir Piala FA, Sabtu lalu di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. Dengan sepenuh hati, kami bersimpati dengan penyokong dan ahli keluarga mereka yang terkesan dengan insiden yang tidak diingini itu yang melibatkan anggota keselamatan di stadium.

“Kami mengecam sebarang bentuk keganasan tidak kira sama ada melibatkan penyokong kami mahupun pihak lain. Penggunaan kekerasan sama ada di dalam mahupun luar stadium telah membayangi pertembungan sengit di atas padang dan tidak seharusnya mendapat tempat di dalam dunia sukan.

“Kami bersedia sepenuhnya untuk bekerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam siasatan mereka terhadap insiden tersebut ekoran laporan polis yang dibuat oleh salah seorang penyokong yang menjadi mangsa keadaan. Kami menggesa mana-mana saksi dengan bukti kejadian ini agar menghubungi
kami supaya keadilan dapat diperolehi untuk mangsa.

“Di Kuala Lumpur City FC, kami mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap sebarang penggunaan kekerasan dalam kawalselia penonton. Kami komited untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk berkongsi pengalaman dalam hal kawalan keselamatan di stadium serta pengurusan penonton,” kata KL City dalam kenyataan mereka.

Sebelum ini, seorang penyokong KL City dilaporkan lebam di bahagian mata sambil patah hidung dan lebam di serata badan selepas dipukul di SSI tempoh hari dengan laporan polis dibuat dekat Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Mangsa ditahan di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM di Cheras buat masa ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN