Setelah mengharungi dua aksi persahabatan menentang Timor Leste dan Filipina sebelum itu, jelas ada sesuatu peningkatan berjaya dipamerkan oleh skuad bawah 23 (B-23) negara untuk memberi sesuatu impak positif dalam aksi Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Sabtu ini.
Menurut Brad Maloney selaku pengendali skuad tersebut, beliau sudah pun merangka strategi berguna untuk memerangkap Thailand dalam aksi sulung mereka selain berjaya mengesan lebih awal segala kelemahan para pemain untuk diatasi secepat mungkin.
Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney turun menjalani sesi latihan di Padang Latihan Palace Sports Nam Dinh Province malam ini.
▶️ Baca penuh di https://t.co/NIjZThzJ4G pic.twitter.com/DM6jYbEzGi
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 4, 2022
Pengendali dari Australia itu berjaya mengesan segala kelemahan tersebut ketika aksi anak-anak buahnya menentang Timor Leste dan Filipina yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam pada minggu lalu dan memberi gambaran awal buat Maloney untuk memperbaikinya.
Berdasarkan dua aksi persahabatan lalu, Maloney melihat para pemain mula memberi reaksi positif dalam permainan mereka terutama sekali sewaktu menewaskan Filipina dengan keputusan 2-0.
Hari Ke-15 Kem Latihan Pusat Harimau Malaya B-23 Menjelang Sukan SEA 2021
Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney meneruskan sesi latihan hari ke-15 dan sesi terakhir di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, petang ini.
▶️ Baca penuh di https://t.co/Z4hF8WNNd4 pic.twitter.com/eiunhM3Y2t
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 3, 2022
“Saya rasa banyak perkara kita boleh belajar terutama aksi pertama kita. Ketika itu (aksi pertama dengan Timor Leste) ramai muka baharu dalam pasukan, dan keputusan di atas kertas bukan apa yang kita mahukan.
“Tapi kita boleh belajar dalam aksi pertama itu, manakala dengan Filipina pula perkara positif mula ditunjukkan.
“Di mana pemain meraih minit permainan dan ia situasi yang baik dan kombinasi antara pemain juga semakin baik. Walaupun belum capai tahap yang kita mahukan, tapi kita di landasan tepat,” katanya menerusi Arena Metro.
Malaysia bakal menghadapi cabaran Laos, Singapura, dan Kemboja selain aksi sulung menentang Thailand bagi saingan peringkat Kumpulan B.
Manakala di Kumpulan A pula menempatkan pasukan Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina, dan Timor Leste yang agak seimbang jika dilihat pada dua kumpulan ini.
Mengikut format Sukan SEA, hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan bakal melayakkan diri ke pusingan separuh akhir sebelum penentu pingat emas dalam aksi final.
Untuk rekod, tiga tahun lalu Malaysia gagal untuk melayakkan diri melepasi peringkat kumpulan di Manila, Filipina setelah mempamerkan aksi hambar sepanjang kejohanan berlangsung.
Bagi edisi kali ini, Maloney berpeluang untuk menebus kembali maruah skuad kebangsaan dengan membuktikan sesuatu agar Malaysia kembali digeruni di rantau Asia.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!