“Kita Ada Kilang Lahirkan Pemain Berkualiti” – Sanusi Tak Risau Tanpa Syafiq Ahmad

Walaupun Kedah kehilangan khidmat Syafiq Ahmad secara mengejut pada pertengahan musim ini apabila pemain tersebut kembali ke pasukan asalnya Johor Darul Ta’zim (JDT), nyata perkara itu langsung tidak menjadi suatu isu perlu dibimbangkan oleh para penyokong.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, beliau melahirkan rasa yakin mengenai pembangunan pemain muda di negeri itu mampu melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu berkualiti untuk diketengahkan pada masa akan datang.

“Sekarang kita tengah buat Liga Menteri Besar di seluruh Kedah dan beratus-ratus pemain akan dilahirkan menerusi liga ini, jadi saya sedikit pun tidak risau tentang pemain. Kalau tengok, ramai anak Kedah yang dicungkil, dilatih di Kedah lepas itu dieksport ke negeri lain.

“Saya tidak takut dengan ketiadaan dia (Syafiq) kerana kita ini macam ada kilang yang melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berkualiti. Pasukan Selatan sendiri ambil dua, tiga orang pemain Kedah jadi apa nak hairan,” katanya menerusi Arena Metro.

Selain itu, Sanusi juga menyakinkan kepada para penyokong mengenai KDA bakal mendapatkan barisan pemain lebih berkualiti tinggi pada jendela perpindahan akan datang dalam usaha untuk mengukuhkan pasukan serta memberi persaingan sengit kepada mana-mana lawan.

“Ada yang suruh beli Syafiq terus tetapi tidak perlu kerana banyak lagi pemain yang kita ada. Hujung bulan nanti akan ada musim perpindahan, jadi akan ada proses ganti pemain dan kita akan cari yang bagus-bagus.

“Lagi satu, kenapa hendak salahkan saya Syafiq dipanggil semula ke JDT. Dalam perjanjian pinjaman, pasukan asal memang boleh ambil semula pemain pinjaman pada bila-bila masa dan tiada siapa yang boleh halang,” katanya.

Ketika ditanya Sanusi sama ada isu sekembalinya Syafiq ke JDT berpunca daripada kenyataannya yang menggelarkan ‘tokong’ buat mana-mana individu, beliau pantas menafikan perkara tersebut.

Jelas beliau, isu yang dinyatakan sebelum ini langsung tidak berkait dengan mana-mana pihak dan berasa hairan mengapa mesti ada yang terasa dengan kenyataan tersebut.

Dua hari lalu, JDT mengejutkan ramai penyokong bola sepak tanah air apabila mengumumkan pemain yang dipinjam mereka ke KDA iaitu Syafiq bakal kembali lebih awal menyertai kelab setelah selesai misi bersama pasukan negara.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN