Kad merah dan pergaduhan dengan Romelu Lukaku. Demikianlah apa yang berlaku kepada Zlatan Ibrahimovic dalam perlawanan menentang Inter Milan.
Romelu Lukaku dan Zlatan Ibrahimovic bertembung dalam insiden panas antara satu sama lain dalam perlawanan derbi Milan pada awal pagi tadi.
Ketika insiden berlaku, AC Milan sedang mendahului Inter Milan 1-0 dalam saingan suku akhir Coppa Italia hasil jaringan minit ke-31 Ibrahimovic.
Ini bukan kali pertama Ibrahimovic terlibat dengan pergaduhan, baik bersama lawan dan juga rakan sepasukan. Berikut adalah antara pergaduhan yang pernah berlaku. Ada di antaranya serius. Ada di antaranya terkawal.
Mourinho leraikan pertengkaran Zlatan Ibrahimovic dan Marcos Rojo
Pemain pertahanan Manchester United, Marcos Rojo mendedahkan Jose Mourinho pernah terpaksa meleraikan satu pergaduhan besar melibatkan dirinya dengan Zlatan Ibrahimovic yang semakin hilang kawalan.
Kedua-duanya beraksi bersama selama dua musim di Old Trafford setelah pemain dari Sweden berpindah dari PSG ke England pada 2016.
Namun walaupun telah memenangi Piala Liga dan Europa League bersama-sama, tidak semuanya berjalan lancar.
Dan pemain antarabangsa Argentina itu mengenang kembali salah satu insiden yang berlaku di bilik persalinan.
Masalah timbul apabila Rojo memanggil Ibrahimovic dengan gelaran ‘Si hidung besar’.
Marcos Rojo on a bust up with Ibrahimovic 🗣
"He wanted us to give him all the balls, but during a game phase I saw him ask for it and I passed it to Pogba. He started yelling at me, raising his hand..
I said to him: 'what's going on with you big nose? Shut up.'" pic.twitter.com/Ycvhid2aib
— Footy Accumulators (@FootyAccums) February 18, 2020
“Dia mahukan setiap bola. Kami sedang mendahului 1-0 di Old Trafford pada ketika itu, dan menguasai bola,” kata Rojo.
“United sedang menyukarkan lawan. Saya beraksi sebagai pemain pertahanan tengah. Saya beraksi dan harus melakukan hantaran separuh padang.
“Kemudian dia [Ibrahimovic mengundur. Saya berpeluang untuk melakukan hantaran membelah garisan lawan. Tetapi pada masa yang sama Pogba keseorangan di sebelah kiri, dan saya memberikan bola kepada beliau.
“Selepas itu Pogba mulai berlagak menunjukkan kebolehannya, dan Zlatan [Ibrahimovic] mula menyumpah seranah.
“Saya pun berkata: ‘Diamlah. Setiap hantaran pun anda mahu.” Saya menjerit agak kuat pada ketika itu. Kami menamatkan babak pertama dan kembali ke bilik persalinan.
“Di tempat duduk di bilik persalinan, saya membuka kasut but.
Marcos Rojo and Zlatan Ibrahimovic had a fight at half-time in a Europa League game back in 2017 🤣 pic.twitter.com/zwKI1dDA4Z
— B/R Football (@brfootball) February 18, 2020
“Kemudian dia datang kemarahan dan menyepak sesuatu. Dia berhenti dan menjerit kepada saya: “Apa kau katakan kepada saya?”
“Saya juga berhenti dan berkata – ‘Apa yang kau katakan kepada saya’ – Dalam diri saya pada ketika itu mengharapkan ada rakan sepasukan yang akan meleraikan kami kerana dia boleh sahaja membunuh saya.
Dan pada ketika itu Mourinho memutuskan untuk masuk campur meleraikan situasi panas yang timbul antara kedua-dua pemain.
“Dan semua pemain Inggeris, yang berbadan besar cuba meleraikan kami sebelum Mourinho datang menjerit dan menyepak botol. Bilik persalinan pada ketika itu amat bersepah.
“Semuanya bagaimanapun selesai, dan kami menang.
Rojo on Ibrahimovic row:
“I said to him: 'What's going on with you, big nose? Shut up'. I knew that if he caught me he would kill me so the only thing for me to do was face him…
"And in the middle, Mourinho was trying to calm us down.”
😤😤😤 pic.twitter.com/Ue0mCl7zlX
— GOAL (@goal) February 18, 2020
“Pada keesokkannya ketika sarapan, leher saya tiba-tiba dicekik dari belakang sehingga saya tidak boleh berpusing. Dan beliau berkata – “Apa yang kau katakan kepada saya?” – dan mula ketawa.
“Nasib baiklah gerakan karate dari Zlatan itu hanyalah gurauan. Pada ketika itu saya berfikir , habislah saya. Mustahil untuk lepaskan diri.”
Ibrahimovic belasah Gattuso dengan Jiu Jitsu
Semua orang tahu Zlatan Ibrahimovic gemar akan seni mempertahankan diri.
Pemain dari Sweden itu telah melalui karier bola sepak dengan beraksi untuk beberapa kelab besar serata Eropah.
Kelab-kelab tersebut termasuklah Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, Milan, PSG dan Manchester United.
Lebih menarik, penyerang berusia 38 tahun itu akan memenangi trofi walau di mana pun beliau beraksi.
“One day, during a training, Gattuso spent all morning teasing Zlatan. He was provoking him but Zlatan took it without apparently saying anything.
They met again in the dressing room after training and Ibra just picked up Gattuso and threw him in the bin."
– Urby Emanuelson pic.twitter.com/FJOx5RVykt
— Photos of Football (@photosofootball) September 12, 2018
Dan kita semua turut tahu betapa besarnya ego dan tahap keyakinan yang sering ditampilkan oleh pemain ini.
Rakan sepasukan Gattuso dan Ibrahimovic di Milan pada ketika itu, Robinho berkongsi kisah apabila dua pemain dengan watak panas itu bersemuka antara satu sama lain.
Walaupun menyedari Ibrahimovic memiliki tali pinggang hitam, rakan sepasukan di Milan sebelum ini, Gennaro Gattuson gemar bergurau mengejek dan melakukan provokasi terhadap Zlatan Ibrahimovic secara berterusan – ketika sedang berlatih di kelab tersebut.
Ibrahimovic tidak memberikan respon sehingga mereka kembali ke bilik persalinan. Penyerang tinggi lampai itu dengan bersahaja menangkat Gattuso dan mencampakkan pemain itu ke dalam tong sampah tanpa berkata apa-apa.
Tetapi Gattuso juga mempunyai karakter agresif, dan corak permainan yang sering melakukan konfrontasi terhadap lawan, dan juga jurulatih. Mungkin kerana itu Ibrahimovic berdiam diri.
Ex-#Milan ace #Robinho shared a funny anecdote about his time there regarding #Zlatan #Ibrahimovic and Gennaro #Gattuso. Hopefully the current player and coach of the #Rossoneri aren’t planning a rematch 🤣#ACMilan #ACM #DareToZlatan #365Scores pic.twitter.com/KxdeoeYGg2
— 365Scores (@365Scores) April 4, 2020
“Satu hari ketika sedang menjalani latihan, dia [Ibrahimovic] mencabar Gattuso untuk berlawan jiu-jitsu.
“Di hadapan mata, anda boleh melihat lelaki ganas ini [Gattuso] membuka langkah menentang Zlatan – yang memiliki tali pinggang hitam.”
Peluang itu dilihat oleh Ibrahimovic untuk menghentam Gattuson. Cabaran disahut.
“Siapa menang? Zlatan sentiasa menang…” dedah Robinho.
Dan jelas sekali Gattuso benar-benar bertemu lawannya yang sebenar pada ketika itu.
Ibrahimovic juga sering berkata beliau adalah individu bertanggungjawab dalam memaksa Milan untuk membawa masuk Robinho ke kelab Serie A itu.
“Zlatan selalu berkata: ‘Anda di sini disebabkan saya’.
“Adakah beliau angkuh? Ya, tetapi untuk tujuan yang baik. Beliau amat yakin dengan bakat dan kebolehan yang dimiliki.
“Pada saya, beliau adalah seorang penyerang yang sepatutnya seseorang pemain bola sepak impikan.”
Zlatan Ibrahimovic bertumbuk dengan Oguchi Onwenyu
Pengurus Milan pada ketika itu Massimiliano Allegri terpaksa menghentikan sesi latihan pada hari Jumaat lebih awal selepas layangan tumbukan di antara Ibrahimovic dengan pemain antarabangsa Amerika Syarikat, Oguchi Onyewu berlaku.
Percakaran di antara kedua-dua pemain itu berlaku dua hari sebelum Milan bertemu Bari. Skuad Milan pada ketika itu sudah tanpa Kevin Prince-Boateng yang cedera.
Onyewu sendiri turut mengalami kecederaan dan tiada dalam perancangan dalam perlawanan menentang Bari. Ibrahimovic pula bakal membarisi kesebelasan utama Allegri pada ketika itu.
Ibrahimovic beraksi untuk Milan secara pinjaman dari Barcelona. Dikhabarkan akan memberikan komitmen kepada Milan, Ibrahimovic bagaimanapun menarik perhatian dengan perkara yang tidak sepatutnya.
'Gattuso took a punch to the face!' – Oddo reveals details about Ibrahimovic and Onyewu fight https://t.co/Dy8l1bsUjK pic.twitter.com/VwiFqDo6dh
— GOAL South Africa (@GOALcomSA) May 8, 2020
Segalanya bermula dengan gurauan dari pemain Sweden itu yang melakukan terjahan keras terhadap Onwenyu. Dan jika ditanya kembali pada hari ini kami percaya anda akan mendengar pelbagai versi cerita dari kedua-dua pemain yang menyebabkan pergaduhan tersebut tercetus.
Perkara yang melucukan ialah muka Gennaro Gattuso menjadi lebam dipercayai terkena tumbukan salah seorang daripada pemain tersebut apabila cuba meleraikan pergaduhan.
Ibrahimovic pula dikatakan retak di tulang rusuk hasil dari pergaduhan itu.
Penutup
Bekas pemain antarabangsa Sweden ini melalui kempen yang menakjubkan di England apabila tampil dengan 28 gol untuk membantu Manchester United muncul juara Liga Eropah (UEL) dan Piala Carabao.
Bagaimanapun kecederaan lutut yang teruk memaksa beliau berehat panjang sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat – tetapi pemain ini sememangnya sentiasa mendapat perhatian kelab-kelab di Eropah kerana kemampuan beliau. Perpindahan Ibrahimovich ke Milan juga bukan perkara yang mengejutkan – dan nyata ia perpindahan yang berbaloi.
Kita semua juga tahu perwatakan terlebih yakin pemain ini. Kami percaya terdapat lebih banyak insiden membabitkan Zlatan Ibrahimovic berbanding senarai di atas. Kongsikan kami di ruangan perbincangan.