18 tahun yang lalu, entah apa yang berlaku di pejabat editorial The News Of The World yang juga dimiliki billionaire serta pemilik rantaian media berpengaruh di dunia, Rupert Murdoch.
Mereka telah menerbitkan kisah sensasi mengaitkan pemain bek kiri berusia 21 tahun dari AS Monaco, Didier Baptiste dengan Liverpool.
Berita itu mendapat perhatian ramai kerana status Liga Inggeris dan kelab seperti Liverpool menarik pemain muda daripada AS Monaco.
The News Of The World melaporkan Liverpool dalam proses mendapatkan pemain B-21 Perancis itu dengan harga £3.5 juta.
Banyak lagi akhbar lain menjadikan ia berita dan ia menjadi sensasi. Selepas itu, The Times melaporkan ia adalah berita paling kelakar kerana pemain itu tidak wujud.
Ada banyak akhbar mengaitkan khabar angin dalam perpindahan pemain untuk melariskan akhbar mereka. Namun kali ini The News Of The World disifatkan The Times sebagai melakukan jaringan sendiri.
Wartawan mereka dikatakan telah memetik nama pemain yang tak wujud. Beliau telah mengambil karakter daripada Dream Team, satu watak ciptaan oleh pengacara dalam drama Dream Team terbitan Sky One.
Namun wartawan tersebut mengingatkan ia benar-benar wujud dan mengaitkan pemain itu dengan Liverpool.
Dalam drama tersebut, Baptiste dikatakan beraksi dengan pasukan Harchester Rovers, juga pasukan fiksyen ciptaan.
The News Of The World siap meletakkan berita itu dalam kolum utama mereka Soccer Secrets pada Ahad. Beliau turut menulis yang beliau mendapat sumber itu daripada sumber dalaman di Anfield.
Ejen berita mereka, Hayters telah membuatkan syarikat milik Rupert Murdoch itu menanggung malu. Eksekutif berita menyiasat perkara itu dang mengesahkan yang berita itu memang tidak betul dan Baptiste tidak wujud.
Liverpool dikaitkan dengan Baptiste kerana pemain itu kononnya mahu bekerjasama dengan pengurus dari Perancis.
Dalam artikel yang sama, penulis menyatakan Arsene Wenger juga berminat mendapatkan Baptiste dan Houllier dalam bahaya akan kehilangan pemain itu dalam persaingan mereka.
Dalam perenggan terakhir, mereka memasukkan pandangan editor mereka Mike Dunn,
“Kami rasa Didier Baptiste adalah pemain yang sesuai dengan sistem bek berempat Liverpool. Dia pemain yang sangat menarik dan kami akan terus membawakan kemaskini berita ini kepada anda.”
Apabila segalanya terbongkar, peminat bola sepak sekurang-kurangnya tahu serba sedikit bagaimana sesebuah akhbar mencipta sensasi dalam berita perpindahan pemain.
Yang paling menarik, editor mereka siap memberitahu beliau sudah melihat pemain tersebut bermain dan merasakan pemain itu cocok dengan Liverpool.
Teringat kata-kata arwah Pak Jabit: ‘Kaki dvd ni!’