Mungkin ada daripada kalangan kita akan berfikir ‘nobody cares’ mengenai bola sepak di CONCACAF. Biasalah, selalu dibayangi kekuasaan wang di liga Amerika Syarikat.
Tak kurang juga dengan pengaruh kelab bola sepak di Mexico.
Namun begitu, ada satu kisah menarik untuk dikongsikan untuk tatapan semua.
Sint Maarten? Saint Martin?
Bagi pemain Football Manager, ada barangkali terperasan kewujudan dua wilayah ini. Tetapi, apakah entiti ini?
Sebenarnya ia satu pulau yang sama, tetapi ditadbir oleh dua negara berbeza. Kedudukan pulau ini berada di Caribbean.
Sint Maarten merupakan wilayah khas yang ditadbir Belanda. Manakala di utaranya, ditadbir oleh Perancis.
Sebelah Perancis ia dikenali sebagai Saint Martin.
Pada 2017, kedua-dua wilayah ini telah dibadai taufan Irma. Dilaporkan begitu banyak harta benda rosak.
Menarik
Ketika ditemubual oleh St. Maarten Daily Herald, salah seorang pemain St. Maarten meluahkan ia berbeza. Sebelum ini, kedua-dua pasukan bola sepak wilayah berjiran pernah bertemu dalam perlawanan persahabatan.
Para pemain St. Maarten telah berlatih untuk perlawanan bagi menghadapi jiran di utara.
Malah, para penyokong St. Maarten dikatakan telah menaiki feri ke Anguilla untuk menonton perlawanan ini. Perlawanan kompetitif sulung untuk dua wilayah berjiran ini terpaksa diadakan di Anguilla atas sebab tertentu.
Tidak pernah bertemu
Kedua-dua negera tidak pernah bertemu mana-mana dalam perlawanan bola sepak kompetitif sebelum ini.
Namun ia berubah apabila CONCACAF telah mewujudkan Nations League. Walau bagaimanapun, konfederasi itu telah menetapkan pusingan kelayakan mesti dibuat.
Tujuannya untuk menyusun pasukan mana akan bermain di Liga A atau Liga B atau Liga C. Kami ada mencoretkan artikel mengenai CONCACAF Nations League.
CONCACAF Perkenal Secara Rasmi Format Kejohanan Nations League
Sint Maarten dan Saint Martin ditakdirkan bertemu dalam perlawanan kelayakan CONCACAF Nations League. Perlawanan semalam menyaksikan sebelah selatan menewaskan jiran di utara.
4-3
Check out all the action of Sint Maarten 4-3 victory over Saint Martin | #CNL #TheDreamStartsNow pic.twitter.com/vD5SeE036e
— Concacaf Nations League (@CNationsLeague) March 23, 2019
Pemain Saint Martin, Danilo Cocks terjaringkan gol sendiri untuk memberi peluang Sint Maarten mendahului pada minit ke-10.
Seminit kemudian, Saint Martin menyamakan kedudukan melalui gol Akim Arrondell. Smally Lake dan Remsey Boelijn menambah dua gol untuk Sint Maarten bagi mendahului 3-1 pada separuh masa pertama.
Saint Martin merapatkan skor pada minit ke-52 melalui Cocks. Lake sekali lagi menambah gol untuk Sint Maarten.
Akhirnya, Wruben Dupalus menjaringkan gol ketiga Saint Martin untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-80. Kedudukan 4-3 kekal hingga ke tamat masa perlawanan.
Sama nasib?
Kedua-dua pasukan ini dijangka akan bertanding dalam Liga C. Ini disebabkan keputusan yang diraih pada peringkat kelayakan tidaklah terlalu baik.
Mungkin mereka akan bertemu sekali lagi pada masa hadapan.
Tetapi, sebenarnya kedua-dua pasukan ini bukanlah ahli FIFA. Cuma mereka hanyalah ahli CONCACAF.
Mungkin di masa hadapan.