Masa Depan Sanchez, Antara 6 Senarai Semak Ole Gunnar Solskjaer Di Manchester United

Ole Gunnar Solskjaer sah menjadi pengurus tetap Man. United dengan kontrak 3 tahun. Berikut adalah 6 perkara yang kami rasa akan berada dalam senarai semak beliau.

1. Perpindahan pemain

Sebagai pengurus tetap, beliau diberikan kuasa untuk mengeluarkan dan membawa masuk pemain. Berbeza dengan jawatan interim yang biasanya meneruskan projek yang sudah dirancang.

Cabaran utama Solskjaer pastinya lebih besar. Man. United dilaporkan dalam proses melantik Pengarah Sukan kelab tersebut. Dan ianya penting dalam membantu Solskjaer untuk mendapatkan beberapa nama besar di pasaran perpindahan.

PARIS, FRANCE – MARCH 06: Ole Gunnar Solskjaer, Manager of Manchester United during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Paris Saint-Germain and Manchester United at Parc des Princes on March 06, 2019 in Paris, . (Photo by Julian Finney/Getty Images)

Seterusnya, Soslkjaer pastinya perlu memikirkan untuk menjual atau melepaskan beberapa pemain dalam usaha membentuk pasukan yang lebih segar.

2. Isu pertahanan

Berkait rapat dengan isi pertama di atas. Solskjaer pastinya perlu mengurangkan beban David De Gea. Sudah beberapa musim Man. United gagal membentuk gandingan bek tengah mahupun set pertahanan – sama ada bek berempat atau bek bertiga – yang stabil.

Pemain seperti Phil Jones, Smalling dan Marcos Rojo pastinya dalam senarai pertimbangan. Lindelof perlu terus meningkatkan aksi beliau. Adakah United masih percayakan Antonio Valencia dan Ashley Young untuk menjadi pemain utama selepas ini?

3. Masa depan Alexis Sanchez

Harus diakui, Sanchez telah menjadi beban kepada kelab dari segi kewangan dan struktur gaji dalam beberapa musim ini. Sanchez merupakan penerima gaji tertinggi dalam pasukan ini dan dalam sejarah Man. United.

Mungkin beban dari segi perbelanjaan itu perkara yang kedua – bagi kelab sekaya Man. United. Namun perkara utama adalah beberapa pemain mulai menjadikan Sanchez sebagai penanda aras untuk meminta gaji baharu dalam rundingan kontrak.

Antaranya Paul Pogba, David De Gea yang dilaporkan menggunakan pendapatan Sanchez sebagai panduan untuk perbincangan dalam kontrak baharu.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 09: Alexis Sanchez of Man Utd pulls a face during the Premier League match between Fulham FC and Manchester United at Craven Cottage on February 9, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Charlotte Wilson/Offside/Getty Images)

Solskjaer mungkin harus memilih sama ada meletakkan Alexis Sanchez dalam senarai untuk dijual. Ataupun beliau masih percayakan pemain itu dan cuba membangkitkan kembali Sanchez daripada ‘lamunan’.

4. Pengurusan pemain muda

Solskjaer antara pengurus yang dilihat berani mengketengahkan bakat muda untuk dijadikan pemain kelab. Manchester United pastinya mahu akademi mereka kembali menghasilkan sekumpulan pemain yang mampu menjadi pemain utama pasukan.

Seterusnya, di dalam pasukan Man. United sendiri ada beberapa pemain muda yang mereka beli. Adakah pemain seperti Diogo Dalot, Andreas Pererira dan Scott McTominay mampu menyinar selepas ini?

5. Bola sepak Eropah

Solskjaer pastinya mahu memastikan Man. United bersaing dalam saingan tertinggi bola sepak Eropah iaitu UCL. Ianya salah satu perkara yang menjadi topik hangat yang membawa kepada pemecatan Mourinho – selepas pengurus itu dilihat bergelut untuk menempatkan pasukan mereka di 4 terbaik.

Buat masa ini, Man. United masih dalam landasan untuk bersaing dalam merebut slot ke UCL.

6. Mike Phelan

Solskjaer pastinya mahu Mike Phelan untuk terus kekal menjadi pembantu beliau di Old Trafford. Phelan antara individu yang melicinkan transisi dan juga aspek pengurusan oleh Solskjaer sejak diberikan kepercayaan beberapa bulan lalu.

Phelan juga merupakan orang penting United ketika era Sir Alex Ferguson. Beliau sangat faham akan tradisi dan budaya di dalam kelab.

MANCHESTER, ENGLAND – JANUARY 13: Manchester United Manager Sir Alex Ferguson and Assistant Mike Phelan speak on the touchline during the Barclays Premier League match between Manchester United and Liverpool at Old Trafford on January 13, 2013 in Manchester, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN