Nama Jean-Pierre Adams mungkin asing bagi kita. Tetapi sebelum pemain-pemain berketurunan imigran seperti Marcel Desailly dari Ghana, Kylian Mbape yang berdarah Cameroon-Algeria, Paul Pogba berketurunan Guinea dan N’gol Kante yang asalnya dari Mali mewarnai skuad Les Blues seperti pada hari ini, Jean-Pierre Adams adalah antara pemain terawal yang membuka laluan untuk pemain bintang imigran menyarung jersi skuad kebangsaan Perancis.
Jean-Pierre Adams bergelar pemain profesional berketurunan Afrika yang berhijrah dari bahagian barat benua tersebut untuk mengejar impian di dalam bola sepak. Sebelum itu kemasukan pemain-pemain Afrika kebanyakkannya datangnya dari utara Afrika atau Martinique.
Siapa Jean-Pierre Adams?
Adams dilahirkan pada 10 Mac 1948 dan merupakan pemain pertahanan tengah. Beliau mulai koma pada 17 Mac 1982, disebabkan kecuaian perubatan selepas satu pembedahan yang dikendalikan oleh doktor pelatih di Hospital Lyon.
Apa yang menarik mengenai kisah Adams ialah kasih sayang tidak berbelah bahagi oleh isterinya, Bernadette yang enggan membenarkan Adams untuk menerima suntikan yang akan mengesahkan kematian (tanpa rasa sakit) kerana percaya suaminya itu akan bangkit dari koma satu hari nanti.
Walaupun untuk menguruskan Adams bukannya perkara mudah, Bernadette sanggup meluangkan masa dan kehidupannya menguruskan Adams sehingga ke hari ini.
#inforespect🙏: L'ancien joueur du PSG, Jean-Pierre Adams, est dans le coma depuis 39 ans à cause d'une mauvaise anesthésie subie après s'être blessé au genou en 1982.
Sa femme Bernadette veille sur lui depuis & espère chaque seconde que par miracle il lui fera un geste. pic.twitter.com/RK0hUxdU8j
— Onze Fennec 🇩🇿🇵🇸 (@Onzefennec) March 27, 2021
Setiap hari, Bernadette akan menggantikan pakaian Adam, bercakap dengannya untuk memberitahu perkembangan dua anak mereka, Laurent (dilahirkan pada 1969) dan Frederic (1976) yang kini masing-masing denga keluarga dan zuriat sendiri, dan memaklumkan Adams kini sudah bergelar datuk.
Kepercayaan dan keyakinan Bernadette bahawa Adams akan pulih – walaupun sudah menunggu 39 tahun – adalah kerana kemampuan Adams untuk tidak menggunakan mesin bantuan pernafasan walaupun dalam keadaan koma. Hampir empat dekad terlantar, Adams ibarat berada di dalam keadaan tidur dan kini usianya sudah mencecah 73 tahun.
Perjalanan Jean-Pierre Adams
Karier bola sepak Adams bermula selepas keluarganya menghantar beliau untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Sain-Louis. Beliau ditempatkan bersama keluarga angkat, iaitu keluarga Jourdain di Loirent, dan di sini minat beliau di dalam bola sepak berkembang melebihi minatnya untuk belajar. Pada zaman mudanya Adams digelar “White Wolf”.
Selepas menamatkan persekolahan, Adams kemudiannya bekerja di sebuah kilang yang terletak di Montagris. Di situ, Adams pernah mengalami kemalangan sehingga hampir menyebabkan impian untuk bermain bola sepak secara proesional punah. Kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan yang teruk di bahagian lutut beliau.
In 1982, Jean-Pierre Adams received an anesthetic for a knee injury. It was only meant to keep him out for a couple of hours.
In 2021, he is still in a coma. 39 years later.
A heartbreaking story. pic.twitter.com/ukl5uMMEwk
— AiScore (@aiscoreofficial) March 27, 2021
Selepas pernah beraksi bersama sebuah kelab dikenali sebagai l’Entente Bagneaux-Fontainebleau-Nemours (EBFN), Adams kemudiannya menyertai Angakatan Tentera sebelum menyertai Nimes.
Di situlah Adams pertama kali bertemu dengan isterinya, dalam sebuah parti sebelum melangsungkan perkahwinan pada 1969. Perkahwinan melibatkan bangsa kulit hitam dan kulit putih di eropah pada era itu masih lagi perkara yang sukar diterima masyarakat dan sering kali pasangan akan dipulaukan.
Karier profesional
Dari segi fizikal, Adams disifatkan sebagai seorang pemain yang memiliki fizikal yang kuat secara semulajadi. Adams juga menampilkan kesungguhan dalam permainannya dan bersikap patriotik setiap kali beraksi untuk Perancis dari tahun 1972 sehingga 1976.
Gandingan beliau bersama Marius Tresor adalah yang paling dikenang dan kedua-duanya digelar “Garde Noire” – Benteng Hitam – yang menjadi terkenal dan digeruni penyerang lawan.
https://twitter.com/realfutebolnews/status/1375790321406201860
Adams bermain untuk Paris Saint-Germain, dan hampir memenangi kejuaraan liga ketika beraksi bersama Nice. Di eropah, Nice yang diperkuatkan oleh Adams turut pernah menyingkirkan Barcelona yang gagah perkasa di pertandingan Piala UEFA pada musim 1973/74.
Menurut isterinya Bernadette, Adams adalah seorang lelaki berperwatakan biasa. Beliau menggemari muzik Brazil, curut dan berfesyen. Adams juga adalah seorang individu yang mudah didekati dan suka bergurau.
Selepas tamat karier sebagai pemain, Adams turut berminat untuk terus berada di dalam industri bola sepak sebagai jurulatih akar umbi. Disebabkan itu, pada 17 Mac 1982 beliau memandu ke Dijon untuk menyertai latihan dan pembelajaran teori selama tiga hari. Malangnya, Adams mengalami masalah tendon pada kakinya pada sesi latihan.
Malang tidak disangka
Adams pun kemudiannya pergi ke sebuah hospital di Lyon dan menemui seorang doktor yang juga amat meminati bola sepak. Malah doktor tersebut meyakinkan beliau pembedahan adalah diperlukan, dan kedua-duanya bersetuju dengan tarikh untuk pembedahan di bahagian lutut yang perlu dilakukan.
Malangnya pada tarikh tersebut, pada ketika Adams sudah menghadirkan diri di hospital, doktor-doktor dan jururawat melancarkan mogok.
Jean Pierre Adams🇫🇷🇸🇳(73) suffered a ligament injury, and was to undergo surgery in March 1982.
After an error from his Anaesthetist, his brain was starved of oxygen, and he slipped into coma.
He has been in coma ever since.
He became a grandfather while in coma.@AfricaFactsZone pic.twitter.com/wH9qE0i2ce— Foot +257 (@257Foot) March 22, 2021
Kes Adam bukannya disifatkan sebagai kes kecemasan. Beliau yang berusia 34 tahun pada ketika itu sepatutnya boleh sahaja dibenarkan pulang sahaja ke rumah dan pembedahan tersebut boleh sahaja ditunda ke tarikh lain.
Namun demikian Adams tetap diberikan ubat pelali yang bertujuan untuk membuatkan bahagian yang dibedah kebas beberapa jam ketika prosedur pembedahan dilakukan. Tetapi kesilapan telah dilakukan sehingga menyebabkan ubat pelali tersebut menjadi punca Adams koma. Keadaan ini disebabkan ubat pelali yang disuntik dipercayai telah menganggu kandungan oksigen ke otak.
Mogok yang berlaku dikatakan menjadi punca. Doktor yang menyuntik ubat pelali tidak menyedari mogok tersebut menyebabkan lapan pembedahan pada hari yang sama terpaksa ditangguhkan. Perbuatan doktor pelatih yang meletakkan Adams di ruang dan katil yang salah turut tidak membantu keadaan.
Selepas 39 tahun
Kini sudah 39 tahun berlalu, seorang lelaki dan pemain bola sepak yang dulunya periang kini berada di dalam keadaan koma. Ayat terakhirnya kepada si isteri sebelum menuju bilik pembedahan ialah : “Semuanya akan selamat, saya berada di tahap terbaik.”
Selepas itu Bernadette mendapat perkhabaran mengejutkan melalui pangglan telefon dari pihak hospital memaklumkan apa yang berlaku. Beliau berada di sisi suaminya selama lima hari dan lima malam dengan harapan keadaan suaminya akan berubah.
Menjelang November tahun itu, Adams dipindahkan ke hospital di Chalon, sebuah wilayah terletak di utara Perancis. Bernadette tetap setia di sisi suaminya setiap hari.
Jean Pierre Adams
The #footballer trapped in 'the house of beautiful sleeping Athlete.' 39 years in coma.🙊 pic.twitter.com/jse0D1O7e5— The Lunatic (@Four___g) March 27, 2021
Dan apabila pihak hospital memaklumkan mereka sudah tidak boleh menjaga Adams, Bernadette membawa suaminya pulang ke kediaman yang dibina khas dinamakan ‘Mas du bel athlete dormant’ yang membawa maksud ‘House of the Beautiful Sleeping Athlete’.
Bernadette tidak bersendirian dalam usaha menjaga suaminya. Nimes dan PSG masing-masing mendermakan $15,000. Persatuan Bola Sepak Perancis turut tidak ketinggalan memberi $59.10 seminggu. Pada 1982, nilai tersebut dianggap besar.
Beberapa badan NGO bertujuan membantu dan meringangkan beban Bernadette menjaga Adams turut diwujudkan dan masih berfungsi sehingga ke hari ini. Badan-badan tersebut pada hari ini didukung oleh bekas rakan sepasukan dan pemain lain yang pernah beraksi bersama Perancis seperti Platini, Zinedine Zidane and Jean-Pierre Papin.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Eropah:
Anak Kandung Ronaldinho Diberi Kontrak 5 Tahun Sertai Cruzeiro
Analisis: Perak Tak Melawak Mahukan Ronaldinho, Ini Pandangan Kami
5 ‘Hijack’ Perpindahan Terkenal Dalam Bola Sepak Termasuk Beckham Dan Ronaldinho