Kisah Sebenar Berkait Insiden Bruno Fernandes ‘Palau’ Cristiano Ronaldo

Bruno Fernandes tiada masalah dengan Cristiano Ronaldo dan video beliau ‘palau’ rakan senegaranya itu sebenarnya mempunyai kisah lain sebalik insiden tersebut.

Di Old Trafford pada ketika ini tidak dinafikan lagi yang Cristiano Ronaldo bakal menjadi antara pemain yang paling dibenci oleh semua pihak.

Ekoran dari temu bual beliau bersama Piers Morgan, jelas sekali ramai pihak yang tak gembira dengan pendedahan-pendedahan yang dilakukan oleh legenda Portugal itu.

Walaupun rakaman penuh temu bual tersebut masih belum ditayangkan, namun harus diakui yang semua sudah tahu hubungan Ronaldo dengan Manchester United kini sudah berakhir.

Agak mustahil untuk melihat beliau kembali beraksi bersama skuad utama Man United selepas apa yang beliau katakan dalam temu bual tersebut.

Selain menganggap dirinya telah dikhianati oleh kelab, Ronaldo turut mengakui yang beliau sama sekali tidak menghormati pengurusnya, Erik ten Hag.

Tidak dinafikan juga yang ada kenyataan-kenyataan dari Ronaldo yang boleh diterima namun kebanyakkan peminat jelas sekali tidak gembira dengan tindakan pemain berusia 37 tahun itu.

Ramai yang percaya hal tersebut bakal menyebabkan hubungan Ronaldo bersama rakan sepasukannya akan semakin retak dan hal itu sepertinya sudah berlaku sebelum beliau kembali ke Old Trafford.

Tular sebuah video di media sosial yang memperlihatkan bagaimana Bruno Fernandes dilihat seolah-olah sengaja ‘palau’ rakan senegaranya itu ketika mereka bertemu di bilik persalinan skuad kebangsaan Portugal.

Kedua-dua mereka dilihat seolah-olah saling tak gembira untuk bertemu antara satu dengan yang lain dan reaksi Bruno Fernandes juga jelas membuktikan beliau sedang berasa janggal berada dalam situasi tersebut.

Bruno Fernandes tiba lewat untuk sertai skuad kebangsaan Portugal kerana beliau turun beraksi untuk Manchester United bertemu Fulham kemarin.

Namun begitu, menurut bintang Portugal, Joao Mario, Ronaldo sebenarnya sedang bergurau dengan Bruno Fernandes yang datang lewat ke bilik persalinan.

Beliau mendedahkan yang tiada masalah sama sekali antara kedua-dua bintang Portugal itu melainkan mereka hanya bergurau sesama rakan sepasukan.

Selepas Mario mengeluarkan kenyataan tersebut, Bruno Fernandes telah memuat naik story di laman media sosial miliknya dengan beliau sepertinya menyokong kenyataan dari rakan senegaranya itu.

“Oh Joao Mario, lihat lah kamu sedang merosakkan berita muka depan akhbar-akhbar.”

Kata-kata dari Bruno Fernandes itu jelas sekali menunjukkan yang beliau bersetuju dengan kenyataan dari Joao Mario dan beliau sememangnya tiada masalah dengan Cristiano Ronaldo.

Kedua-dua mereka mungkin memang bergurau dan bukanlah ada masalah seperti yang dilaporkan oleh pelbagai media sukan seluruh dunia.

Ketika ditanya tentang fokus skuad selepas nama Ronaldo kini menjadi topik perbualan hangat pelbagai pihak, Mario mendedahkan bahawa:

“Bagi kami, ia sama sahaja, topik utama berita memang sentiasa pasal dia, jadi bagi kami tak ada perbezaan.”

Jelas pemain midfield Benfica itu.

“Jadi saya tak nampak ada masalah dengan situasi itu kerana semua orang memang bercakap tentang Cristiano Ronaldo, jadi memang tak ada masalah untuk kami.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN