Sebutkan sahaja nama Roberto Carlos, anda sudah pasti terbayangkan legenda bola sepak Brazil yang mempunyai rembatan kaki kiri yang cukup deras.
Disifatkan sebagai salah seorang bek kiri terbaik dunia pada ketika eranya, gol ikonik yang digelar sebagai sepakan UFO di Kejohanan Le Tournoi telah menggemparkan dunia.
Penjaga gol legenda Perancis, Fabien Barthez hanya mampu terpaku melihat bola itu menembusi gawang yang dikatakan melawan hukum fizik.
Sudah tentu pelbagai jenis teori turut timbul selepas itu dengan pelbagai pihak cuba menjelaskan ianya dari segi logik sains.
Bek sayap ofensif
Roberto Carlos juga adalah seorang bek kiri dengan kaki utama beliau adalah kiri.Walaupun Carlos dikenali dengan sikapnya yang ofensif namun beliau menjadikan pertahanan sebagai tugasan utama.
Menyerang adalah atas dasar memberikan sokongan ataupun menambahkan kekuatan di sektor sisi pasukan
Carlos seorang bek sisi yang laju dan keras. Beliau terkenal dengan kemampuan memenangi bola dari kaki pihak lawan.
A brilliant picture of a young Roberto Carlos at Inter Milan. pic.twitter.com/H5GC9gyjSD
— 90s Football (@90sfootball) December 15, 2016
Jadi tiada isu untuk Carlos terlalu teruja untuk menyerang tetapi lambat untuk kembali ke posisi pertahanan beliau.
Kemampuan Roberto Carlos untuk melakukan larian ke hadapan turut menyaksikan beliau menjaringkan beberapa gol menarik sepanjang kariernya.
Tetapi tahukah anda bahawa kelebihan ofensif tersebut turut pernah memberikan masalah kepada pemain ini sehingga mengambil keputusan meninggalkan Inter Milan walaupun setelah menjaringkan hatrik?
10 minit ke Real Madrid
Bekas bintang Brazil, Roberto Carlos berkata beliau hanya memerlukan 10 minit untuk berfikir meninggalkan Inter Milan dan menyertai Real Madrid.
Pemain bek kiri itu hanya kekal selama semusim di Inter sebelum mengambil keputusan untuk ke Estadio Santiago Bernabeu pada musim panas 1996.
2. Thirteen players that Inter Milan let go way too soon – https://t.co/fqSigIrIyF
Roberto Carlos = blame Roy Hodgson 👀 pic.twitter.com/5EQ7PeUz2W
— Squawka (@Squawka) April 10, 2018
Roberto Carlos nyata mempunyai sebab beliau tersendiri untuk berbuat demikian. Pada ketika itu, Inter Milan dilatih oleh jurulatih berbangsa Inggeris, Roy Hodgson.
Hodgson yang turut pernah melatih England dan Liverpool kini adalah pengurus Crystal Palace.
“Di Inter mereka meletakkan saya di posisi sayap, dan pernah juga sebagai penyerang,” kata Roberto Carlos melalui video di Instagram milik FIFA.
Roberto Carlos claims Roy Hodgson played him as a STRIKER at Inter Milan https://t.co/FbjPUZdgs6 pic.twitter.com/xlWB5ERYZp
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) May 2, 2017
“Masalahnya adalah saya telah menjaringkan tujuh gol dari tujuh perlawanan pertama saya.
“Itu menyebabkan mereka [Inter] meletakkan saya di bahagian hadapan, dan saya rasa merana.
“Saya bercakap dengan Presiden [Massimo Moratti] untuk menjelaskan kepadanya bahawa saya tidak boleh bermain di posisi itu.
https://twitter.com/PurelyFootball/status/1288548599580758016
“Ini kerana Copa America sudah semakin dekat, dan saya harus beraksi di posisi asal untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan.
“Menariknya ketika pertemuan dengan Presiden, Lorenzo Sanz [Presiden Real Madrid] juga berada di situ untuk bermesyuarat. Dan pada 10 minit seterusnya, saya sudah menyertai Real Madrid.”
Carlos dikenali sebagai seorang pemain yang memiliki sepakan kaki kiri yang deras, menjadikan beliau sebagai antara pengambil sepakan percuma paling bahaya pada era itu.
Roberto Carlos could hit a free-kick! https://t.co/OBtgyrCVzr
— 90s Football (@90sfootball) April 20, 2020
Gol istimewa
Namun sepanjang kariernya, hanya dua gol yang dianggap sebagai Roberto Carlos sebagai istimewa.
“Ia adalah gol menentang Barcelona dari sepakan percuma, dan menentang Perancis di Paris,” ujar beliau.
Menjelaskan jaringan ikonik yang menyebabkan nama beliau dikenali di seluruh dunia pada 1998 itu, Carlos berkata: “Bola tidak begitu berat, membuatkan ianya lebih mudah untuk saya melencongkan bola.
Beliau juga menamakan Joaquin Sanchez, Samuek Eto’o dan Luis Figo sebagai tiga pemain yang paling sukar dihadapinya.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Roberto Carlos:
Roberto Carlos Dedahkan Hampir Sertai Chelsea Pada Tahun 2007
Sains Di Sebalik Sepakan Percuma ‘UFO’ Roberto Carlos Satu Ketika Dahulu
Roberto Carlos Kongsi Cerita Lucu, Marcelo Panik Semua Pemain Pakai No.12