Kisah Palestin Menang Bola Lawan Malaysia Disiar Anak PM Israel Untuk Sebar Kebencian

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Manusia kalau hatinya sudah hitam, apa sahaja yang dilakukan tetap niat mahu mendurjanakan. Jika sudah jadi begini, apa sahaja prinsip kemanusiaan akan diabaikan. Tiada lagi istilah betul atau moral yang akan menjadi pertimbangan.

Itulah yang berlaku kepada anak Perdana Menteri Israel, iaitu Yair Netanyahu. Yair adalah satu-satunya anak lelaki kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Melalui satu muat naik di Twitter, Yair menyiarkan sebuah video bagaimana penduduk di Palestin membanjiri jalan raya seolah-olah meraikan kemenangan.

“Jangan pernaj lupa: Rakyat Palestin meraikan tarikh 9/11 pada 2001!” ciap Yair pada video tersebut. Walaupun tidak menjelaskan maksud secara jelas, niat Yair menyiarkan video tersebut amat jelas.

Ia sebenarnya bertujuan untuk memburukkan rakyat Palestin, dengan merujuk mereka sebagai golongan yang sukakan keganasan kerana bergembira dengan kejadian pada 11 September 2001.

Seperti yang kita semua maklum, 9/11 adalah merujuk kepada serangan pengganas Al Qaeda di bumi Amerika Syarikat apabila dua pesawat penumpang yang dirampas untuk merempuh bangunan World Trade Center di New York. Serangan tersebut telah mengorbankan hampir 3,000 nyawa dan mencederakan 6,000 yang lain.

Tidak seperti yang digambarkan

Namun demikian video tersebut sebenarnya hanya diada-adakan oleh Yair untuk menanam kebencian dunia terhadap rakyat Palestin.

Sebaliknya video tersebut sebenarnya diambil ketika rakyat Palestin meraikan kemenangan pasukan bola sepak negara mereka di dalam satu perlawanan pada 2001.

https://twitter.com/azraeimuhamad/status/1396310208318607360

Perkara tersebut disedari oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @ImmaPotatooo, dan turut dikongsi oleh beberapa yang lain termasuk @azraeimuhamad.

Mungkin disebabkan ‘kantoi’ dengan perbuatannya itu, Yair dipercayai menutup ruangan komen di Twitter beliau untuk mengelak sebarang pertanyaan yang boleh memalukan beliau.

Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022 (Zon Asia)

Persatuan Bola Sepak Palestin (Palestin FA) hanya diterima sebagai anggota FIFA pada  8 June 1998. Ini bermakna kempen kelayakan Piala Dunia 2002 yang diadakan pada 2001 adalah perlawanan bola sepak kompetitif negara itu di bawah bendera sendiri.

Untuk pusingan 1 kelayakan Piala Dunia 2002 zon Asia, Palestin diletakkan di dalam Kumpulan 3 bersama-sama Hong Kong, Malaysia, dan Qatar.

Dari enam perlawanan yang dilalui, Palestin berjaya merekodkan dua kemenangan. Kemenangan pertama Palestin sebagai anggota FIFA ialah pada 11 Mac 2001 apabila pasukan itu berjaya menewaskan Malaysia 1-0 di Stadium Hong Kong hasil jaringan Al-Jaish pada babak pertama perlawanan.

Pelestin turut menewaskan Hong Kong dengan jaringan yang sama beberapa hari kemudian untuk kemenangan kedua antarabangsa mereka.

Malaysia dan Palestin bagaimanapun gagal mara ke pusinga berikutnya kerana gagal muncul juara kumpulan.

 

Baca artikel menarik lain mengenai bola sepak Palestin:

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN