Jika anda masih ingat, Atletico Madrid pernah menjadi antara pasukan yang pernah mengimpikan tandatangan Lionel Messi pada musim panas 2021. Pada ketika itu Messi dilaporkan bakal meninggalkan Barcelona.
Ini kerana pemain dengan gelaran La Pulga itu berhadapan dengan situasi aneh di mana kontraknya bersama Barcelona telah tamat, dan Messi tidak dapat didaftarkann kembali dengan kontrak baharu kerana masalah kewangan yang dihadapi kelab La Liga itu.
Impian Simeone
Disebabkan situasi tersebut, Atletico Madrid tidak ketinggalan untuk cuba memancing Lionel Messi ke Wanda Metropolitano. Perkara itu pernah didedahkan sendiri oleh jurulatih pasukan, Diego Simeone sendiri.
“Saya akan memberitahu anda. Ketika semua [masalah] sedang berlaku di Barcelina, saya memanggil Luis [Suarez]. Saya tidak menghubungi Leo [Messi],” kata pengendali dari Argentina itu ketika bercakap kepada Marca pada musim panas lalu.
🗣️"Wanting to sign Messi? We called Luis Suárez. I didn't call Messi, Suárez did. And I asked him to find out how Messi was, what he thought, if there was a slight possibility, imagining that he could come to Atlético. PSG was obsessed with his signing."
-Diego Simeone pic.twitter.com/gYilrxjhXh
— Football Talk (@FootballTalkHQ) October 12, 2021
“Saya bertanya kepada Luis mengenai situasi Messi. Apa yang difikirkan pada ketika itu ialah, sekiranya ada sebarang kemungkinan walau sekecil mana pun, atau secara kebetulan untuk Messi datang ke Atletico Madrid.”
Hasrat Simeone itu bagaimanapun tidak kesampaian selepas Messi memilih untuk ke Parc des Princess untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG. Tetapi ini tidak bermakna penyokong Atletico kempunan untuk melihat Messi menyarung jersi Los Rojiblancos.
Bermain 45 Menit untuk Atletico Madrid
Sebenarnya kira-kira 12 tahun yang lalu, Messi pernah menyarung jersi Atletico Madrid. Perkara itu berlaku pada Oktober 2009. Situasi tersebut mungkin janggal untuk dilihat pada hari ini jika perpindahan seperti diingini Simeone berlaku, namun ia tidak sedemikian pada ketika itu.
Ini kerana ia adalah satu perlawanan amal yang disokong oleh bintang Argentina itu, dan bukan kerana Messi berhijrah menyertai seteru domestik mereka itu.
https://twitter.com/FCBarcelonaFl/status/970781082139361280?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E970781082139361280%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.indosport.com%2Fsepakbola%2F20211109%2Fmengenang-momen-saat-lionel-messi-memperkuat-atletico-madrid%2Fbermain-45-menit-untuk-atletico-madrid
Tidaklah menghairankan mengapa Messi turut terlibat. Ini kerana perlawanan tersebut diadakan di tempat kelahiran Messi iaitu di Rosario, Argentina. Apatah lagi perlawanan amal tersebut diadakan di stadium milik Newell’s Old Boys – kelab zaman remaja Messi.
Perlawanan amal itu sebenarnya dianjurkan oleh Yayasan Atletico madrid dengan kerjasama Funcaion Pupu Zanetti milik Javier Zanetti, dan bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak kurang berkemampuan di Argentina.
Punca gambar Messi tersebar
Di dalam perlawanan tersebut, Messi tampil memakai jersi Atletico Madrid bersama-sama rakan senegara, Maxi Rodriguez. Rodriguez juga merupakan kapten pasukan Atletico Madrid pada ketika itu.
Namun Messi hanya beraksi selama 45 minit untuk skuad Atletico Madrid. Babak kedua, La Pulga mewakili pasukan Fundacion Pupi yang diketuai oleh Zanetti.
Did you know that Messi played for Atlético de Madrid?
In October 2009, Messi played in a charity game in his native city of Rosario, at Newell's Old Boys' stadium where he began his career.#Naijafootballtalk #Messi pic.twitter.com/PeSUepRGuF
— Naija Football Talk ⚽️ (@NaijaFT_tweet) October 24, 2021
Perlawanan tersebut berakhir dengan jaringan 6-4 dengan kemenangan kepada Atletico. Messi pula sempat menyumbang satu gol di babak kedua untuk pasukan Zanetti. Nampak gayanya, Messi lebih gemar membolosi gawang Atletico daripada beraksi mewakili seteru mereka itu.
Foto Messi menyarung jersi Atletico kemudiannya tersebar sehingga ke hari ini. Ia juga sebenarnya bukti Messi pernah beraksi untuk Los Rojiblancos walaupun bukan secara rasmi.