Kisah Capo Ultras Malaya, Lekir Yang Pernah ‘Disorok’ Penyokong Indonesia

Ultras Malaya Lekir 2010 Indonesia

Bersempena saingan Piala AFF Suzuki 2020 tidak lama lagi, kami bawakan kepada anda kisah menarik yang melibatkan Capo Ultras Malaya, Lekir. ketika berdepan penyokong Indonesia, lawan kita di Piala AFF nanti.

Saingan Piala AFF Suzuki 2020 akan disingkap tirainya pada awal Disember depan dengan Singapura akan bertindak selaku tuan rumah. Malaysia diundi satu kumpulan bersama Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Bercakap tentang saingan terbesar di rantau Asean ini, tentunya mata juga akan terarah kepada penyokong negara masing-masing yang akan mengikut pasukan ke mana sahaja mereka pergi. Dan, Ultras Malaya antara yang ke depan jika melibatkan sokongan di rantau Asia dan Asean terutamanya. Jadi, bagaimana kali ini?

Adakah Ultras Malaya akan terbang ke Singapura? Ini kerana, jalan darat masih tidak di buka ke Singapura. Dengan situasi pandemik COVID-19 yang masih menular di seluruh dunia, suasananya tentu sudah berubah.

Menurut Capo Ultras Malaya, Lekir yang dihubungi Semuanya BOLA, mereka tidak akan berangkat ke Singapura dalam situasi pada saat ini. Selain itu, faktor fokus Ultras Malaya kini lebih ke arah Asia berbanding Asean.

“Laluan udara yg ditawarkan Singapura bukan sesuatu yang relevan untuk dipenuhi oleh kebanyakan komrad. Lagipun, Singapura sahaja pun. Berpada-pada dan bijaklah memilih kejohanan untuk disesuaikan dengan pengorbanan wang ringgit itu. AFF mungkin tidak dianggap segah dulu buat masa ini,” ungkap Lekir lanjut.

Beliau memberikan beberapa sebab kepada keputusan yang diambilnya tersebut iaitu:

i) Tiket penerbangan pergi dan balik

ii) Penginapan sepanjang tempoh kejohanan atau ulang-alik ‘terbang’ setiap perlawanan?

iii) Cuti kerja

iv) Ujian Swab (hal urusan covid yang dianggar mencecah RM800)

v) Dan lain-lain kos

Begitupun, ini hanya pandangannya dan bukanlah persetujuan semua. “Kalau ada sesiapa yang sanggup tinggal di Singapura sepanjang kejohanan atau ulang-alik ‘terbang’ setiap perlawanan, terserah,” jelasnya.

“Buat masa ini, kelayakan Piala Asia adalah sasaran sebenar Harimau Malaya untuk mengikut jejak langkah adik-adik skuad B-23, layak ke Piala Asia 2023 di China. AFF mungkin boleh di anggap pertaruhan membentuk gandingan mantap menjelang kelayakan Piala Asia pada bulan Jun, tahun hadapan,” tambahnya lagi.

Katanya lagi, “Jadi, seiring dengan mentaliti ke tahap yang lebih tinggi, ekor [Ultras Malaya] lebih memandang ke Uzbekistan [Piala Asia U23], Jun tahun depan yang juga memerlukan kos yang tinggi dan cuti yang lebih.”

Apabila sudah bercerita tentang perancangan Ultras Malaya ke Piala AFF, sebuah rancangan YouTube bekas penyerang skuad kebangsaan, The Azman Adnan pernah bertanyakan kisahnya di bumi Indonesia dahulu.

Malaysia bertandang ke Indonesia untuk aksi Kumpulan G, pusingan kelayakan Piala Dunia 2022. Ia perlawanan yang dijangka panas melibatkan dua musuh nusantara yang sudah sekian lama terpatri dalam sejarah.

Ultras Malaya tetap melangkah ke sana walaupun sudah diketahui betapa fanatiknya mereka jika kita bercakap tentang bola sepak. Mereka sanggup berbunuhan apabila kita melihat kepada ‘scene’ bola sepak di sana.

Ceritanya, “Komrad kita ketika itu dalam 400 orang lebih. Tapi saya dengan enam rakan yang lain datang awal sehari. Saya berpegang yang baik. Tak semua penyokong Indonesia sebegitu. Ada sahaja sahabat yang baik.

Ultras Malaya KLIA sebelum berlepas ke Jakarta
Gambar sebelum ‘Ekor’ berlepas ke Jakarta di KLIA. FOTO: UltrasMalaya.net

“Saya percaya kepada itu dan silaturrahim. Saya diambil di lapangan terbang dan di bawa ke rumah mereka. Kami berbual dan mereka sediakan bilik untuk tidur. Namun, mungkin keberadaan saya di sana telah dikesan dan ada sekumpulan [penyokong] yang datang dan cuba ‘provoke’. Mereka berbincang sesama mereka.

“Mereka tidak sukakan Malaysia, tidak sukakan Ultras Malaya dan juga Lekir. Tetapi seperti kata kawan saya di Indonesia, ‘walaupun dia musuh kamu tapi dia saudara saya’. Selepas selesai, mereka nasihatkan saya dan kawan-kawan tidak boleh terus berada di situ. Kena pergi ke tempat lebih ‘privacy’,” cerita Lekir lanjut lagi.

Ultras Malaya sebenarnya berhubung baik dengan beberapa individu di Indonesia antaranya Capo untuk kelab Arema FC, Aremania iaitu Yuli Sumpil. Beliau merupakan individu yang dihormati di kalangan Ultras Malaya.

Beliau juga sangat berpengaruh di Indonesia dan beberapa kali sudah ‘turun padang’ ke Malaysia bertemu Ultras Malaya, Ultras Kedah dan UltraSel (Selangor). Beliau juga adalah sumber rujukan capo-capo di Malaysia.

Mungkin atas bantuan individu-individu yang dianggap sahabat inilah, mereka terlepas layanan ‘neraka’ di sana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN