Piala AFF: Dion Cools Akan Tiba Lewat, Bakal Diturunkan Aksi Berdepan Indonesia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan Dion Cools berkemungkinan dapat disenaraikan bersama skuad Harimau Malaya untuk menghadapi kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura pada bulan hadapan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang juga pengurus pasukan kebangsaan memaklumkan berita gembira itu dalam temubualnya bersama Bernama dan menjelaskan pemain pertahanan itu akan menjadi pemain terakhir menyertai pasukan kerana perlu menamatkan tugasannya bersama kelabnya terlebih dahulu.

FC Midtjylland akan berdepan Brondby dalam suku akhir Piala Danish pada 13 Disember ini sebelum saingan bola sepak di Denmark berehat selama dua bulan bagi memberi laluan cuti musim sejuk dan akan bersambung pada 20 Februari tahun depan.

Ini bermakna Cools akan terlepas tiga perlawanan pertama kumpulan B berdepan Kemboja, Laos dan Vietnam dan dijangka membuat kemunculan pertamanya pada perlawanan keempat menentang Indonesia pada 19 Disember.

“Pegawai kita ada berhubung dengan Cools dan beliau memang menyatakan minat untuk bersama Harimau Malaya di Piala AFF 2020,” katanya.

Mengenai peluang Malaysia untuk mincul juara pada edisi kali ini, Yusoff meletakkan keyakinannya kepada skiad kendalian Tan Cheng Hoe itu untuk sekurang-kirangnya layak ke perlawanan akhir Piala AFF selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2018 yang menyaksikan Harimau Malaya muncul naib juara apabila tewas kepada Vietnam secara agregat 3-2.

“Agak lama tidak menang Piala AFF, lebih 10 tahun tetapi setakat ini belum boleh lagi cakap nak jadi juara kerana sasaran kita ke final dahulu,” tambahnya lagi.

Pada kempen Piala AFF 2020, Malaysia diundi dalam Kumpulan B yang dianggap ‘kumpulan maut’ membuka tirai kempen dengan menentang Kemboja pada 6 Disember, diikuti Laos (9 Dis) dan dua pertembungan epik menentang Vietnam (12 Dis) dan Indonesia (19 Dis) bagi meraih slot ke separuh akhir.

Sejak mula dipertandingkan pada 1996, hanya sekali sahaja Malaysia berpeluang untuk menjulang kejuaraan iaitu pada 2010 ketika di bawah era K. Rajagopal dengan menumpaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada perlawanan akhir.

Sementara itu, Cheng Hoe bersyukur kerana FC Midtjylland bersedia melepaskan Cools bagi menyertai Piala AFF 2020 memandangkan pemain itu dianggap aset terbaik bagi memantapkan skuad negara pada kejohanan itu nanti.

“Kita terlepas khidmat Cools dalam beberapa perlawanan awal di Singapura, tetapi kita harus berterima kasih kepada kelab beliau kerana biasanya kelab keberatan melepaskan pemain mereka ketika cuti musim sejuk. Cools akan bersama kami pada perlawanan keempat dan saya dapat tahu beliau gembira serta tidak sabar untuk membantu negara,” kata jurulatih berusia 53 tahun itu.

Kali pertama Cools beraksi untuk Harimau Malaya adalah pada perlawanan pusingan kedua Kumpulan G pada kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN