Kisah Bola Sepak Di Greenland Yang Tidak Diketahui Ramai

Greenland

Pertamanya, penulis dan rakan sepasukan di Semuanya Bola ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada para pembaca beragama Islam.

Sejak beberapa tahun lepas, topik negara atau petempatan yang di mana penduduk beragama Islam berpuasa paling lama dalam sehari sentiasa tular. Tidak ketinggalan, Greenland turut memasuki senarai tersebut.

Dilaporkan bahawa penduduk beragama Islam di Greenland berpuasa sehingga 19 jam sehari!

Di manakah Greenland?

Greenland terletak di Amerika Utara biarpun secara kebudayaan memiliki persamaan dengan negara Eropah. Greenland kini merupakan salah satu wilayah yang ditadbir oleh Denmark.

Kerajaan Greenland mempunyai bidang kuasa tertentu yang telah diagih sejak 1979 lagi. Namun begitu, beberapa urusan pentadbiran seperti pertahanan masih diuruskan oleh Denmark.

Persoalannya, adakah bola sepak hidup di Greenland?

Hidup segan mati tak mahu (?)

Ketika lawatan rasmi FIFA ke Greenland beberapa tahun lepas. Sumber: FIFA.

Sebenarnya memang wujud persatuan yang mengendalikan bola sepak di wilayah ini. Pada 1998, Greenland Football Association secara terbuka ingin menyertai UEFA.

Menjadi ahli rasmi konfederasi bola sepak benua seperti UEFA merupakan pra-syarat untuk diterima masuk sebagai ahli FIFA.

Dalam erti kata lain, FIFA tidak akan menerima keahlian mana-mana FA sesebuah negara atau wilayah jika tidak menjadi ahli konfederasi bola sepak benua.

Namun anehnya, wilayah setaraf mereka, Kepulauan Faroe diterima sebagai ahli UEFA dan FIFA. Faktor dikatakan kenapa permohonan Greenland FA ini diterima ialah tiada padang sesuai untuk digunakan pada tempoh lama.

Padang bola sepak di wilayah itu pun paling lama bertahan hanya 2 hingga 3 bulan sahaja.

Maju

Salah satu perlawanan bola sepak di Greenland. Sumber: CNN.

Menurut laman PlayTheGame, Greenland FA mempunyai 70 kelab bernaung di bawah organisasi tersebut. Malah ada puluhan orang pengadil juga turut berdaftar.

Hubungan Greenland dengan Denmark FA (DBU) turut harmoni walaupun terikat sedikit dengan pengasingan kuasa antara kerajaan Greenland dengan Denmark.

Pada 2010, FIFA telah melawat Greenland dan delegasi itu telah diketuai Presiden pada ketika itu, Sepp Blatter.

FIFA mempunyai projek khas yang diberi nama Goal. Salah satu inisiatif Goal ini ialah membina padang bola sepak tiruan di Greenland. Inisiatif ini telah menyumbangkan $400,000 bagi menjayakan projek ini.

Padang ini dibina di Nuuk, bandar pentadbiran wilayah ini. Blatter sendiri menyatakan pembinaan itu bertujuan membantu para pemain bola sepak ini bermain sepanjang masa di Greenland.

Sebelum ini, mereka terpaksa bermain di dalam bangunan semasa musim sejuk. Malah, Persekutuan Sukan Greenland (GIF) melahirkan rasa kesyukuran di atas sokongan FIFA dan DBU disebabkan projek ini.

Moga terus maju

Greenland FA ada mengendalikan satu pertandingan liga yang diberi nama Greenlandic Football Championship. Ia diasaskan pada 1954.

Malah, mereka mendapat penajaan daripada syarikat minuman terkenal, Coca Cola.

Juara terbanyak kejohanan ini menjadi milik B-67 Nuuk sebanyak 13 kali. Pada musim lalu B-67 menewaskan Nagdlunguaq-48 untuk menggondol gelaran ke-13.

Aksi pemain Greenland sewaktu Island Games 2013. Mereka memenangi pingat perak pada ketika itu. Sumber: http://nonfifafootball.blogspot.com

Greenland sebenarnya mempunyai pasukan bola sepak kebangsaan. Skuad bola sepak ini menyertai kontinjen Greenland dalam temasya sukan Island Games.

Island Games merupakan temasya sukan yang hanya disertai negara atau wilayah yang geografi fizikalnya merupakan pulau! Kejayaan terbaik skuad bola sepak Greenland ialah apabila memenangi pingat perak sewaktu Island Games pada 2013 dan 2017.

Semoga bola sepak Greenland mendapat sinar walaupun matahari tidak muncul lama di wilayah berais ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN