Jurgen Klopp: Perkembangan Liverpool Musim Ini Jauh Lebih Penting Dari Trofi Kejuaraan

Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan apabila mengatakan bahawa perkembangan pasukan bimbingannya musim ini jauh lebih penting berbanding trofi kejuaraan.

Klopp akui Liverpool pada ketika ini telah kembali menjadi salah sebuah pasukan terkuat di Eropah.

Kelab itu dalam misi perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang pertama sejak 1990, selain mengejar trofi kejuaraan Liga-Juara Eropah untuk kali keenam.

“Tahun ini merupakan tahun yang indah dilalui bersama. Menjelang perlawanan, menikmatinya dan Selasa lalu (lawan Barcelona) adalah detik paling hebat.”

“Itu yang kami mahu tampilkan kepada dunia luar. Ini adalah Liverpool, segalanya mungkin di sini berbekalkan orang sekeliling. Itulah gambarannya. Detik seperti ini lebih bernilai berbanding trofi, ” kata Klopp dipetik menerusi TribalFootball.

Berikan yang terbaik

Bekas pengendali Borrusia Dortmund itu masih belum menjulang sebarang trofi sejak beliau berhijrah ke Liverpool pada tahun 2015.

Namun pada musim ini – Klopp sekali lagi berpeluang untuk mengakhiri kemarau kejuaraan kepada kelabnya itu.

Bagaimanapun, Klopp tidak mahu semua pihak terutama para penyokong hanya menjadikan dirinya sebagai individu disebalik kebangkitkan Liverpool sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

LIVERPOOL, ENGLAND – MAY 10: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUDNAY OUT) Jurgen Klopp manager of Liverpool during a training session at Melwood Training Ground on May 10, 2019 in Liverpool, England. (Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

“Ia bukan mengenai saya tetapi lebih kepada kelab.”

“Semua orang perlu tampil yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan. Itu yang kami cuba. Jika ia memberikan kejuaraan, memang indah tetapi kami tidak mampu melakukan selebihnya.”

“Jika orang ramai menghakimi saya menerusi apa yang dimenangi pada masa lalu serta di masa akan datang, saya tidak boleh mengubahnya. Apa yang boleh saya lakukan adalah berikan yang terbaik. Ia tidak sempurna kerana ia adalah saya tetapi saya tidak dapat lakukan lebih.”

Tambahnya lagi, “Tugasnya adalah untuk membangunkan sebaik yang boleh, jadi ia mencerahkan peluang untuk memenangi kejuaraan dan itu yang kami lakukan setakat ini. Kini, kami mara ke final dan akan beraksi, belajar daripada beberapa tahun yang lalu dan lihat apa yang boleh dilakukan.”

“Esok (malam ini) adalah aksi terakhir EPL. Ia bukan dalam tangan kami tetapi ia tidak memburukkan musim kami. Ia cuma penamat yang berbeza.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN