Kisah 10 Pemain Termahal Yang Berhijrah Dari Premier League Pada Musim Lalu

Premier League sering dianggap sebagai saingan liga terbesar dan paling kompetitif di dunia. Namun ia tidak menghalang beberapa pemain meninggalkan saingan tersebut untuk mencari cabaran baharu di negara lain pada musim lalu.

Walaupun dunia sedang dilanda pandemik, kelab luar masih mampu berbelanja untuk membawa pemain-pemain keluar dari kelab Inggeris. Ada juga di kalangan pemain tersebut sememangnya ditunjukkan pintu keluar oleh kelab asal.

Berikut adalah 10 pemain dengan perpindahan termahal ke luar England pada musim panas lalu, dan sejauh manakah karier mereka setakat ini?

Leroy Sane

Selepas tidak bersetuju untuk memperbaharui kontrak bersama Manchester City, Sane memutuskan untuk kembali ke negara asalnya Jerman dan menyertai Bayern Munich dengan nilai £54.8 juta.

Walaupun berjaya menjaringkan satu gol dan menghasilkan dua assist dalam penampilan sulungnya, Sane kemudiannya mendapati diri berada di belakang Serge Gnabry dan Kingsley Coman untuk kesebelasan utama.

Sane
(Photo by Matt McNulty – Manchester City/Man City via Getty Images)

Malah pemain sayap itu amat kecewa apabila digantikan setelah tampil sebagai pemain gantian ketika membantu Bayern menang 2-1 ke atas Bayern Leverkusen pada Disember lalu.

Namun memasuki 2021, Sane dilihat mulai menemui prestasi terbaiknya dan kini telah menjaringkan lapan gol dan menghasilkan 10 assists dari 32 penampilan untuk Bayern Munich dalam semua pertandingan.

Alvaro Morata

Morata gagal menampilkan prestasi diharapkan ketika bersama Chelsea sebelum menyertai Atletico Madrid secara pinjaman selama 18 bulan pada Januari 2019. Perpindahan itu kemudiannya dijadikan tetap pada 2020.

Walaupun membelanjakan £48.5 juta untuk penyerang tersebut, Diego Simone tetap membenarkan pemain itu menyertai Juventus secara pinjaman selama setahun.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Walaupun dianggap telah melalui musim serba tidak kena di bawah kendalian Andrea Pirlo, Morata masih berjaya menyumbat 16 gol dari 33 penampilan.

Chris Smalling

Dianggap sebagai pemain yang tidak diperlukan di Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer membenarkan Smalling menyertai Roma secara pinjaman selama setahun pada 2019 sebelum perpindahan tersebut dijadikan tetap dengan nilai £18.1 juta.

Selepas menjadi tunjang bahagian pertahanan kelab Serie A itu sebelum ini, beberapa siri kecederaan pada musim ini menyebabkan pemain antarabangsa England itu terpaksa melupakan 16 perlawanan sepanjang musim 2020/21 ini.

Alexander Sorloth

Sorloth gagal menampilkan impak diharapkan ketika bersama Crystal Palace, namun berjaya menemui kembali sentuhan penyudah ketika beraksi secara pinjaman bersama kelab Turki, Trabzonspor pada musim 2019/20.

Menjaringkan 33 gol dari 49 penampilan Sorloth kemudian melengkapkan perpindahan bernilai £18 juta ke RB Leipzig untuk menjadi pengganti Timo Werner yang berhijrah menyertai Chelsea.

Penyerang antarabangsa Norway itu bagaimanapun gagal menampilkan prestasi serupa ketika di Turki. Setakat ini Sorloth hanya mampu menyumbang empat gol dari 29 penampilan di Bundesliga.

Nicolas Otamendi

Otamendi menyertai Benfica dengan nilai £13.7 juta untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ruben Dias yang berhijrah ke Etihad.

Pemain pertahanan tengah ini sering dipersalahkan kerana sering melakukan kesilapan mudah ketika bersama City dan mengulangi perkara sama ketika melakukan debut bersama Benfica  – dipersalahkan kerana dua jaringan selain menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Prestasi Otamendi bersama Benfica secara keseluruhan bolehlah dianggap sebagai tidak menentu. Beliau berjaya membantu kelab baharunya itu mengekalkan clean sheet dalam lapan perlawanan dari 17 penampilan yang beliau lakukan, namun dilayangkan kad merah menentang Rangers dalam perlawanan Europa League.

Mario Pasalic

Enam tahun bersama Chelsea, Mario Pasalic tidak pernah tampil walaupun satu perlawanan bersama kelab London itu. Palasic akhirnya meninggalkan Stamford Bridge dan menyertai Atalanta dengan nilai £13.4 juta selepas tempoh pinjaman yang memberangsangkan.

Walaupun dihantui kecederaan pangkal paha sepanjang musim ini, pemain tengah tersebut masih mampu menghasilkan empat gol dan dua assist dari 22 penampilan untuk kelab Serie A itu.

Dejan Lovren

Dianggap sebagai watak popular selama enam tahun bersama Liverpool, Lovren akhirnya menyertai Zenit St. Petersburg pada nilai £10.9 demi minit perlawanan yang lebih banyak.

Selain daripada gol sendiri yang komikal ketika berhadapan Spartak Moscow, Lovren berjaya menampikan aksi meyakinkan untuk kelab sebelum dilantik sebagai kapten pasukan pada November lalu.

(Photo by Getty Images)

Kelibat beliau pasti dirindui oleh Jurgen Klop dan Liverpool pada musim ini mengambil kira prestasi buruk dan krisis kecederaan di bahagian pertahanan kelab Merseyside itu setelah berjaya menamatkan kemarau kejuaraan liga selama 30 tahun pada musim lalu.

Albian Ajeti

Selepas gagal menjaringkan sebarang gol dari 12 penampilan bersama West Ham pada musim 2019/20, Ajeti kemudiannya menyertai Celtic dengan nilai perpindahan £4.5 juta.

Tidak membuang masa, Ajeti terus mencuri tumpuan apabila menjaringkan lima gol dari enam penampilan pertamanya di Liga Perdana Scotland – termasuk gol kemenangan ketika debut.

Sentuhan Ajeti bagaimanapun gagal diteruskan apabila beliau hanya berjaya menghasilkan 1 gol dari 18 penampilan terakhirnya di semua pertandingan untuk Celtic.

Aaron Mooy

Mooy menjadi pemain terbaru yang meninggalkan Liga Perdana Inggeris untuk menyertai kelab Liga Super China, Shanghai Port dengan nilai perpindahan £4 juta. Faktor usia dikatakan menjadi penyebab Mooy mahukan cabaran yang berbeza.

Huddersfield Town’s Aaron Mooy during the Premier League match at the John Smith’s Stadium, Huddersfield. (Photo by Richard Sellers/PA Images via Getty Images)

Pemain antarabangsa Australia ini bergandingan dengan pemain seperti Oscar dan Marko Arnautovic, dan setakat ini telah merekodkan dua gol dari 17 penampilan bersama kelab baharunya itu.

Ovie Ejaria

Tidak mudah untuk mana-mana pemain muda mendapatkan tempat di dalam skuad Liverpool. Ovie Ejaria turut tidak terkecuali. Selepas beraksi secara pinjaman bersama Sunderland, Rangers dan Reading, Ejaria akhirnya meninggalkan Liverpool untuk kekal bersama Reading.

Pemain berusia 23 tahun itu terus menyerlah bersama kelab Championship itu dan kini sedang berusha membantu kelab tersebut untuk mara ke play-off pada musim ini.

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).


Bca juga artikel menarik lain mengenai Premier League melalui pautan di bawah:

Allardyce Simpati Nasib Liverpool

7 Ramalan Yang Akan Berlaku Dalam Premier League Musim 2020/21

Kenali Pemain Yang Menjulang Trofi EPL Bersama Dua Kelab Berbeza

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN