Premier League sering dianggap sebagai saingan liga terbesar dan paling kompetitif di dunia. Namun ia tidak menghalang beberapa pemain meninggalkan saingan tersebut untuk mencari cabaran baharu di negara lain pada musim lalu.
Walaupun dunia sedang dilanda pandemik, kelab luar masih mampu berbelanja untuk membawa pemain-pemain keluar dari kelab Inggeris. Ada juga di kalangan pemain tersebut sememangnya ditunjukkan pintu keluar oleh kelab asal.
Berikut adalah 10 pemain dengan perpindahan termahal ke luar England pada musim panas lalu, dan sejauh manakah karier mereka setakat ini?
Leroy Sane
Selepas tidak bersetuju untuk memperbaharui kontrak bersama Manchester City, Sane memutuskan untuk kembali ke negara asalnya Jerman dan menyertai Bayern Munich dengan nilai £54.8 juta.
Walaupun berjaya menjaringkan satu gol dan menghasilkan dua assist dalam penampilan sulungnya, Sane kemudiannya mendapati diri berada di belakang Serge Gnabry dan Kingsley Coman untuk kesebelasan utama.
Malah pemain sayap itu amat kecewa apabila digantikan setelah tampil sebagai pemain gantian ketika membantu Bayern menang 2-1 ke atas Bayern Leverkusen pada Disember lalu.
Namun memasuki 2021, Sane dilihat mulai menemui prestasi terbaiknya dan kini telah menjaringkan lapan gol dan menghasilkan 10 assists dari 32 penampilan untuk Bayern Munich dalam semua pertandingan.
Alvaro Morata
Morata gagal menampilkan prestasi diharapkan ketika bersama Chelsea sebelum menyertai Atletico Madrid secara pinjaman selama 18 bulan pada Januari 2019. Perpindahan itu kemudiannya dijadikan tetap pada 2020.
Walaupun membelanjakan £48.5 juta untuk penyerang tersebut, Diego Simone tetap membenarkan pemain itu menyertai Juventus secara pinjaman selama setahun.
Walaupun dianggap telah melalui musim serba tidak kena di bawah kendalian Andrea Pirlo, Morata masih berjaya menyumbat 16 gol dari 33 penampilan.
Chris Smalling
Dianggap sebagai pemain yang tidak diperlukan di Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer membenarkan Smalling menyertai Roma secara pinjaman selama setahun pada 2019 sebelum perpindahan tersebut dijadikan tetap dengan nilai £18.1 juta.
Selepas menjadi tunjang bahagian pertahanan kelab Serie A itu sebelum ini, beberapa siri kecederaan pada musim ini menyebabkan pemain antarabangsa England itu terpaksa melupakan 16 perlawanan sepanjang musim 2020/21 ini.
Alexander Sorloth
Sorloth gagal menampilkan impak diharapkan ketika bersama Crystal Palace, namun berjaya menemui kembali sentuhan penyudah ketika beraksi secara pinjaman bersama kelab Turki, Trabzonspor pada musim 2019/20.
Alexander Sørloth has called tonight's match "quite clearly the most important of my career."
With a goal and an assist in each of his last two games, should he be starting vs. LFC?
Form aside, at 1.95m tall he could wreak havoc on Klopp's fragile defence. #UCL #LFCRBL pic.twitter.com/7VQqTwLPh3
— Jordan Maciel (@UEFAcomJordanM) March 10, 2021
Menjaringkan 33 gol dari 49 penampilan Sorloth kemudian melengkapkan perpindahan bernilai £18 juta ke RB Leipzig untuk menjadi pengganti Timo Werner yang berhijrah menyertai Chelsea.
Penyerang antarabangsa Norway itu bagaimanapun gagal menampilkan prestasi serupa ketika di Turki. Setakat ini Sorloth hanya mampu menyumbang empat gol dari 29 penampilan di Bundesliga.
Nicolas Otamendi
Otamendi menyertai Benfica dengan nilai £13.7 juta untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ruben Dias yang berhijrah ke Etihad.
Pemain pertahanan tengah ini sering dipersalahkan kerana sering melakukan kesilapan mudah ketika bersama City dan mengulangi perkara sama ketika melakukan debut bersama Benfica – dipersalahkan kerana dua jaringan selain menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan.
Prestasi Otamendi bersama Benfica secara keseluruhan bolehlah dianggap sebagai tidak menentu. Beliau berjaya membantu kelab baharunya itu mengekalkan clean sheet dalam lapan perlawanan dari 17 penampilan yang beliau lakukan, namun dilayangkan kad merah menentang Rangers dalam perlawanan Europa League.
Mario Pasalic
Enam tahun bersama Chelsea, Mario Pasalic tidak pernah tampil walaupun satu perlawanan bersama kelab London itu. Palasic akhirnya meninggalkan Stamford Bridge dan menyertai Atalanta dengan nilai £13.4 juta selepas tempoh pinjaman yang memberangsangkan.
🦸🏼♂️ 𝗦𝗨𝗣𝗘𝗥 doppietta, 𝗦𝗨𝗣𝗘𝗥 Mario!!!
😍 𝗦𝗨𝗣𝗘𝗥 brace, 𝗦𝗨𝗣𝗘𝗥 Mario #Pašalić!!! #AtalantaSpezia #GoAtalantaGo ⚫️🔵 pic.twitter.com/tBfZXjsd0u— Atalanta B.C. (@Atalanta_BC) March 12, 2021
Walaupun dihantui kecederaan pangkal paha sepanjang musim ini, pemain tengah tersebut masih mampu menghasilkan empat gol dan dua assist dari 22 penampilan untuk kelab Serie A itu.
Dejan Lovren
Dianggap sebagai watak popular selama enam tahun bersama Liverpool, Lovren akhirnya menyertai Zenit St. Petersburg pada nilai £10.9 demi minit perlawanan yang lebih banyak.
Selain daripada gol sendiri yang komikal ketika berhadapan Spartak Moscow, Lovren berjaya menampikan aksi meyakinkan untuk kelab sebelum dilantik sebagai kapten pasukan pada November lalu.
Kelibat beliau pasti dirindui oleh Jurgen Klop dan Liverpool pada musim ini mengambil kira prestasi buruk dan krisis kecederaan di bahagian pertahanan kelab Merseyside itu setelah berjaya menamatkan kemarau kejuaraan liga selama 30 tahun pada musim lalu.
Albian Ajeti
Selepas gagal menjaringkan sebarang gol dari 12 penampilan bersama West Ham pada musim 2019/20, Ajeti kemudiannya menyertai Celtic dengan nilai perpindahan £4.5 juta.
Tidak membuang masa, Ajeti terus mencuri tumpuan apabila menjaringkan lima gol dari enam penampilan pertamanya di Liga Perdana Scotland – termasuk gol kemenangan ketika debut.
Celtic will complete the signing of striker Albian Ajeti on a four-year contract today. He joins from West Ham in a £5m deal and is expected to take a significant pay-cut on his £60,000-a-week salary.
(Source: Sky Sports) pic.twitter.com/eRUYGmEkGe
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 13, 2020
Sentuhan Ajeti bagaimanapun gagal diteruskan apabila beliau hanya berjaya menghasilkan 1 gol dari 18 penampilan terakhirnya di semua pertandingan untuk Celtic.
Aaron Mooy
Mooy menjadi pemain terbaru yang meninggalkan Liga Perdana Inggeris untuk menyertai kelab Liga Super China, Shanghai Port dengan nilai perpindahan £4 juta. Faktor usia dikatakan menjadi penyebab Mooy mahukan cabaran yang berbeza.
Pemain antarabangsa Australia ini bergandingan dengan pemain seperti Oscar dan Marko Arnautovic, dan setakat ini telah merekodkan dua gol dari 17 penampilan bersama kelab baharunya itu.
Ovie Ejaria
Tidak mudah untuk mana-mana pemain muda mendapatkan tempat di dalam skuad Liverpool. Ovie Ejaria turut tidak terkecuali. Selepas beraksi secara pinjaman bersama Sunderland, Rangers dan Reading, Ejaria akhirnya meninggalkan Liverpool untuk kekal bersama Reading.
Reading have signed midfielder Ovie Ejaria from Liverpool in a deal which runs until summer 2024.
More 👉 https://t.co/psmoB2nSMr #LFC #Royals #bbcfootball pic.twitter.com/VZKkEka7AH
— BBC Sport (@BBCSport) August 28, 2020
Pemain berusia 23 tahun itu terus menyerlah bersama kelab Championship itu dan kini sedang berusha membantu kelab tersebut untuk mara ke play-off pada musim ini.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Bca juga artikel menarik lain mengenai Premier League melalui pautan di bawah:
7 Ramalan Yang Akan Berlaku Dalam Premier League Musim 2020/21
Kenali Pemain Yang Menjulang Trofi EPL Bersama Dua Kelab Berbeza