Pemain sayap Bayern Munich, Kingsley Coman mengatakan Pep Guardiola adalah jurulatih terbaik yang pernah membimbingnya sepanjang kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional.
Coman telah dibawa masuk bersama skuad The Bavaria secara pinjaman dari Juventus pada 2015 ketika Guardiola mengendalikan Bayern Munich dan menjadi salah satu watak penting ketika pasukannya mencatat kejuaraan berganda Bundesliga dan DFC-Pokal pada musim pertamanya.
Pemain antarabansa Perancis itu kemudiannya dibeli secara tetap oleh kelab Jerman tersebut dan terus menjadi pemain utama oleh jurulatih-jurulatih seterusnya.
Pep Guardiola praised by Bayern Munich forward Kingsley Coman https://t.co/6mgx3YWl60 pic.twitter.com/oqVkhWZFPb
— Larry Chester (@LarryCh49598510) April 10, 2020
Coman telah bekerjasama dengan beberapa jurulatih yang mempunyai reputasi tinggi termasuk Didier Deschamps, Massimiliano Allegri, Jupp Heynckes, Carlo Ancelotti dan Laurent Blanc, namun pemain berusia 23 tahun itu memilih Guardiola sebagai individu yang memberi pengaruh paling besar dalam kariernya.
“Saya akan pilih Guardiola,” kata Coman kepada EuroSport.
“Dia adalah orang yang memberi peluang kepada saya untuk beraksi lebih kerap sekalipun saya cuma beraksi beberapa perlawanan sahaja semasa di Juventus.
“Untuk pemain yang beraksi di posisi sayap seperti saya, kami suka untuk membuat percubaan dan mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Dia adalah jurulatih terbaik yang pasti disukai oleh pemain di posisi ini kerana dia tahu bagaimana untuk memanfaatkan kami.
“Dia telah mencipta satu sistem yang membolehkan saya berdepan dengan situasi satu lawan satu dan ianya adalah sistem di mana saya boleh lebih menyerlah.
🗣| Kingsley Coman when asked about best manager he has worked with.
— City Chief (@City_Chief) April 10, 2020
“I would say Guardiola because he is the one who made me start playing a little more regularly even if I had played a few matches at Juventus.” pic.twitter.com/HvKMC9UsxW
“Dia tidak minta untuk saya untuk kejar statistik, dia cuma minta kepada saya untuk membuat percubaan dan. Itu yang membuatkan saya sangat menghargainya.”
Isu kecederaan dalam beberapa tahun ini sedikit menjejaskan kariernya dan beliau baru sahaja kembali pada Februari selepas direhatkan selama dua bulan selepas mengalami kecederaan lutut.
Kemudian Coman sekali lagi ditimpa kecederaan otot peha dan menyebabkan beliau terlepas tiga perlawanan terakhir sebelum musim ini digantung ekoran pandemik Covid-19.
Bagaimanapun, Bundesliga telah menyasarkan untuk kembali bersambung semula pada awal May dan pemain-pemain Bayern Munich telah kembali menjalani latihan dalam kumpulan-kumpulan kecil.
“Nak dekat sebulan kami sudah tidak menyentuh bola di atas padang dan sekalipun kami telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil semasa latihan, perasaannya berbeza apabila dapat melangkah ke dalam padang yang ada tiang gol,” kata Coman.
“Kami menjalani latihan yang lebih bersifat teknikal dan memastikan jarak yang selamat antara satu sama lain.”
Bayern kini sedang mendahului Bundesliga dengan kelebihan empat mata dan telah menumpaskan Chelsea 3-0 dalam perlawanan pertama peringkat kalah mati saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
“Kami akan terus bekerja keras dan saya harap kami dapat menamatkan kempen musim ini, jika tidak semua usaha ini akan sia-sia,” tambahnya lagi.