Kingsley Coman Didenda Kerana Pandu McLaren Ke Sesi Latihan

Kingsley Coman

Kebiasaannya pemain profesional didenda kerana lewat ke pusat latihan atau mempunyai masalah disiplin tetapi lain pula yang dialami Kingsley Coman apabila beliau menerima hukuman susulan memandu kereta McLaren ke sesi latihan Bayern Munich.

Hukuman itu dikenakan terhadap Coman kerana Bayern Munich mempunyai perjanjian penajaan bersama Audi dan bermakna pemain kelahiran Paris, Perancis tersebut perlu menggunakan kereta yang telah diberikan oleh pihak penaja.

Pemain sayap berusia 24 tahun itu telah memandu kereta McLaren 570S Spider milik beliau ke sesi latihan pasukan.

Menurut sumber Goal, kereta Audi yang diterima oleh Coman rupanya kini berada di bengkel dan beliau tampil untuk meminta maaf di atas perlakuannya itu.

Embed from Getty Images

”Saya ingin meminta maaf kepada kelab dan juga Audi kerana hadir ke sesi latihan tidak menggunakan kereta syarikat.”

”Sebabnya cermin sisi pada kereta Audi saya telah rosak [patah]. Masih, ia adalah merupakan silap saya, sudah tentu saya dapat melihatnya,” ujar Kingsley Coman.

”Untuk menebus kesilapan saya, saya akan ke melawat kilang Audi di Ingolstadt secepat yang mungkin untuk sesi autograf dan memberi perhatian terhadap pekerja mereka.”

Coman turut akan didenda sebanyak €50,000 kerana melanggar perjanjian tersebut di mana Pengarah Sukan Bayern Munich, Hassan Salihamidzic telah mengeluarkan kenyataan pada awal musim bahawa sesiapa yang tidak hadir ke pusat latihan dengan menggunakan kereta daripada Wolkswagen Group, akan dikenakan dengan jumlah dinyatakan.

Audi adalah salah satu daripada ahli Wolkswagen Group yang turut merangkumi jenama kereta mewah lain seperti Porsche dan Bentley.

Kredit foto: Dave Winter/Icon Sport via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Bayern Munich:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN