Joshua Kimmich: Bayern Munich Perlu Bawa Masuk Pemain Baharu

Kecederaan beberapa pemain senior Bayern Munich nyata menggusarkan Joshua Kimmich yang mengharapkan gergasi Bundesliga itu mendapatkan beberapa pemain baharu pada jendela perpindahan Januari ini.

Selepas kehilangan Javi Martinez, Niklas Sule, Lukas Hernandez, Robert Lewandowski dan Kingsley Coman, kali ini giliran Serge Gnabry pula menyusul selepas mengalami kecederaan Achilles.

”Pada sesi latihan di Doha, anda boleh melihat kami hanya memiliki 12 hingga 13 orang pemain profesional dalam pasukan dan selebihnya adalah pemain remaja.”

”Jadual untuk pemain remaja sudah penuh. Ia tidak berlaku pada musim pertama saya di Bayern.”

Embed from Getty Images

”Kami mungkin akan bermain tiga pertandingan sehingga ke penghujung musim dan kami juga mempunyai ramai pemain skuad kebangsaan, jadi kami memerlukan lebih ramai pemain yang sesuai,” ujar pemain berusia 24 tahun itu.

Sehubungan dengan masalah yang sedang dihadapi, Kimmich beranggapan amat penting buat kelab Bavaria itu untuk membawa masuk muka baharu ke dalam pasukan.

”Sudah tentu ramai pemain kami yang mengalami kecederaan. Gnabry tidak dapat berlatih, Lewandowski dan Coman akan kembali tidak lama lagi.”

”Martinez juga mengalami ‘knock’ manakala Sule dan Hernandez akan mengambil masa [untuk pulih]. Kelab ini mengetahuinya, jadi mereka perlu membuat keputusan. Pada ketika ini, skuad ini tidak cukup besar.”

Kredit foto: TF-Images/Getty Images

 

 

 

 

Leave a Reply