Dua bintang Perancis, Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni jadi mangsa serangan penyokong-penyokong tak berakal selepas kekalahan mereka di tangan Argentina kemarin.
Perancis terpaksa akur tewas di tangan Argentina menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi perlawanan akhir saingan Piala Dunia 2022.
Juara Piala Dunia 2018 itu berjaya membawa Argentina hingga ke aksi penentuan sepakan penalti dan mereka jelas sekali sudah melakukan yang terbaik dalam perlawanan tersebut.
France's Coman, Tchouameni racially abused after FIFA World Cup final defeat
READ: https://t.co/drzu3OJy1w#FIFAWorldCup #Racism #France #ArgentinavsFrance pic.twitter.com/cEEkk9Ltla
— TOI Sports (@toisports) December 20, 2022
Perlawanan tersebut juga dianggap antara aksi perlawanan akhir terhebat dalam sejarah saingan Piala Dunia dengan Kylian Mbappe cemerlang mencatatkan hat-trick dan Messi mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.
Walaupun aksi perlawanan akhir itu dipuji dari segala segi, namun ia sepertinya sedikit terganggu dek kerana ada nya golongan penyokong tak berakal.
Segelintir penyokong Perancis merosakkan suasana selepas mereka menyerang akaun media sosial Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni sebaik tamat perlawanan tersebut.
Kedua-dua pemain itu gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan tersebut dengan percubaan Coman dinafikan oleh penjaga gol dan percubaan Tchouameni tersasar ke tepi.
Aurelien Tchouameni, Kingsley Coman and Randal Kolo Muani were racially abused with vile social media messages following France's World Cup final defeat https://t.co/1IjAKW7GK6
— Mail Sport (@MailSport) December 19, 2022
Selepas tamat perlawanan, segelintir penyokong tak berakal telah menyerang akaun media sosial mereka dengan menghantar mesej-mesej hinaan berunsur perkauman.
Bukan hanya mesej, penyokong-penyokong tak berakal itu juga turut membanjiri ruangan komen dengan komen-komen menghina dan lebih teruk lagi mereka turut mengancam dua pemain tersebut.
Hal tersebut mengingatkan semua kepada insiden yang berlaku terhadap trio England, Bukayo Saka, Marcus Rashford dan Jadon Sancho yang berdepan hal sama di pentas perlawanan akhir saingan Euro.
Ketiga-tiga pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam aksi penentuan sepakan penalti bertemu Itali dan menyebabkan England tewas.
Coman, Tchouameni and Kolo Muani received sickening abuse following the World Cup finalhttps://t.co/Rf6ptHd6Bc
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 19, 2022
Kali ini ia berlaku kepada Coman dan Tchouameni yang teruk diserang oleh kumpulan penyokong-penyokong tidak berakal.
Selain kedua-dua pemain ini, Randal Kolo Muani juga dikatakan turut teruk dihentam oleh peminat selepas tamat perlawanan tersebut.
Kelab yang diwakili oleh Coman, Bayern Munich juga turut tampil mengeluarkan kenyataan untuk membela pemain sayap itu dan turut menghentam kesemua peminat yang melakukan hal terkutuk itu.
Laman twitter rasmi milik Bayern Munich mengeluarkan kenyataan yang menyatakan:
“FC Bayern sekeras-kerasnya menghentam komen perkauman terhadap Kingsley Coman. Keluarga FC Bayern Munich sentiasa bersama kamu King. Isu perkauman memang tak akan ada tempat dalam dunia sukan atau dalam kalangan masyarakat kita.”
FC Bayern strongly condemn the racist comments made towards Kingsley Coman.
The FC Bayern family is behind you, King. Racism has no place in sport or our society. pic.twitter.com/9Mvhrt0Zc9
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) December 19, 2022
Para peminat juga turut tampil menghentam mereka yang terlibat dengan perbuatan tidak bermoral itu di media sosial.
“Komen-komen berunsur perkauman terhadap pemain-pemain Perancis ini saya boleh anggap sebagai tak bermoral dan sangat memalukan.”
“Ketika mereka menang sebelum ini, pemain-pemain kulit hitam inilah yang membantu mereka, sekarang ketika kalah, mereka mahu menghina pemain-pemain ini pula?”
“Bola sepak akan menjadi semakin bosan kerana kewujudan penyokong-penyokong seperti ini. Mereka bersorak ketika menang dan mereka berubah andai kalah. Mengkritik boleh tetapi menghina sepertinya sangat keterlaluan.”
⚽ Luego de que Francia perdiera el Mundial, algunos hinchas franceses apuntaron contra Kingsley Coman y Aurelien Tchouaméni. Ambos jugadores fallaron sus penales en la final y fueron víctimas de insultos racistas.
🗣️ “Eres africano, no francés, amigo. ¡Fuera del equipo!”. pic.twitter.com/mxIj62Cwjz
— Radio2 AM1230 (@radio2rosario) December 19, 2022
“Saya sendiri tak sanggup melihat komen-komen seperti itu di media sosial pemain-pemain, macam mana agaknya perasaan pemain itu sendiri? orang yang komen itu semua tidak bermaruah dan tidak bertamadun.”