Saingan King’s Cup akhirnya bakal membuka tirai perlawanan pada malam ini dengan membabitkan skuad kebangsaan menentang Thailand di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai.
Pada perlawanan pertama ini, Kim Pan-gon pastinya akan membawa turun kesebelasan terbaiknya kerana sesiapa sahaja memenangi aksi ini bakal terus melangkah ke pusingan akhir untuk merebut piala tersebut.
Hari Perlawanan 48th King's Cup 2022 | Khamis, 22 September 2022
⚽️ TRINIDAD & TOBAGO 🇹🇹 🆚️ 🇹🇯 TAJIKISTAN
⚽️ THAILAND 🇹🇭 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA🏟 Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand
📺 Live di @ASTROARENA dan @tv9malaysia#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/qlQV5fSazy
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 22, 2022
Thailand selaku tuan rumah juga pastinya tidak akan mengambil mudah cabaran ini kerana mereka sudah tentu ingin merebut piala tersebut di hadapan para penyokong sendiri.
Berdasarkan kualiti kedua pasukan ini, jelas ianya memihak kepada Thailand dari segi pemain serta rekod kejayaan di pentas antarabangsa.
Namun, beberapa rombakan telah dibuat untuk skuad negara termasuk mendapatkan jurulatih baharu, ia jelas akan menjanjikan sesuatu berbeza pada pertemuan tersebut malam ini.
Ini ada tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal memberi impak buat pasukan masing-masing serta mencuri perhatian para penyokong menerusi aksi mereka di atas padang.
Syafiq Ahmad
Penyerang kebangsaan ini berjaya mencipta siri kebangkitan kembali musim dari segi prestasi menerusi aksi cemerlangnya ketika saingan kelayakan Piala Asia sebelum itu untuk kembali menyakinkan para penyokong.
GOOLL!!!
Syafiq Ahmad 47'MALAYSIA 🇲🇾 3-1 🇧🇩 BANGLADESH#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/VF1e8mleZv
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 14, 2022
Bersama Pan-gon, Syafiq ketika ini boleh dianggap sebagai salah seorang pemain kunci buat pengendali dari Korea Selatan itu untuk mengetuai bahagian serangan menerusi kualiti yang ada pada beliau.
Kelebihan Syafiq sudah pasti menerusi kualiti tandukan beliau yang sangat berbahaya serta bijak mencipta ruang buat pemain lain menjaringkan gol menerusi visi ada pada dirinya.
Dion Cools
Pertahanan tinggi lampai yang beraksi di Eropah ini boleh disifatkan sangat berkualiti aksinya berdasarkan pengalaman Cools sebelum ini beraksi di pentas lebih baik berbanding rakan sepasukan di skuad kebangsaan.
Selain berkebolehan beraksi di posisi pertahanan kanan, Cools juga boleh bermain dengan bagus selaku pertahanan tengah untuk bergandingan dengan bagus bersama mana-mana pemain.
ENRICH MAN OF THE MATCH
Pemain Harimau Malaya, Dion Cools dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas satu jaringannya membantu kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh pada aksi terakhir Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023.@MAS#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/JbtJXpQWhx
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 14, 2022
Cools memiliki kualiti yang sangat bagus dalam situasi perebutan bola di udara serta mempunyai kualiti mencipta hantaran jauh tepat kepada rakan sepasukan di hadapan.
Bekas pertahanan Midtjylland ini juga menjadi antara pemain penting yang membantu serangan skuad kebangsaan menerusi hantaran-hantaran silang beliau sangat berkualiti.
Brendan Gan
Setelah agak lama sepi daripada mewakili skuad kebangsaan, Gan akhirnya kembali mendapat tempat tersebut setelah bermain dengan baik dalam saingan Liga Super 2022 bersama Selangor.
Penampilan beliau jelas mendapat reaksi positif para penyokong Harimau Malaya ekoran prestasi beliau ketika ini berada pada momentum terbaik untuk membantu skuad kebangsaan.
Gan bukan lagi nama yang asing dalam bola sepak tempatan apabila pemain ini terkenal dengan kerajinan beliau yang sentiasa bergerak di serata arah padang untuk membantu rakan pemain.
2022 World Cup/2023 Asian Cup Qualifiers | Thursday, 14th November 2019
MAN OF THE MATCH
Brendan Gan (Malaysia)MALAYSIA 2-1 THAILAND#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/OmpY3NEEV9
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 14, 2019
Pada masa sama, kualiti umpanan beliau pastinya sangat ditagih untuk membuka ruang buat pemain serangan lain mencipta gol selain berkemampuan untuk mengambil sepakan percuma dengan baik.