‘King Of Malaya’ Antara Kelab Bakal Diuji Negeri Sembilan

Negeri Sembilan nampaknya tidak ingin terus ketinggalan daripada segi persiapan dengan beberapa aksi persahabatan bakal diharungi mereka untuk pramusim ini sebelum tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula.

Tampil dengan beberapa persiapan sebelum ini, Negeri Sembilan juga turut menandatangani pemain-pemain baharu untuk tampil lebih baik berbanding tahun lalu.

Musim lalu boleh dianggap tahun yang sedikit malang buat skuad Hoben Jang Hoben yang tampil serba tidak berdaya untuk mengharungi aksi Liga Super selepas tidak konsisten daripada segi corak permainan.

Keputusan itu menyaksikan mereka teruk mendapat kritikan daripada sekelompok besar penyokong yang mengharapkan ada perubahan baharu dibuat mereka untuk persaingan akan datang.

Sehingga kini, Negeri Sembilan sudah pun mengharungi beberapa aksi persahabatan dan ianya akan diteruskan lagi untuk mereka mencapai persefahaman terbaik menguji para pemain baharu dan lama.

Menurut Nasrullah Hanif Johan yang merupakan tonggak utama pasukan itu, mereka bakal menghadapi empat lagi aksi persahabatan berkelas tinggi dengan ianya membabitkan kelab-kelab berkualiti di Malaysia.

Ianya bermula dengan aksi persahabatan sulung mereka selepas tempoh perayaan Aidilfitri pada rabu ini menentang Selangor, disusuli Kuala Lumpur City (KL City), dan Kedah Darul Aman sebelum menghadapi Kelantan Darul Naim (KDN).

“Aksi persahabatan seterusnya pula ialah menentang Kelantan Darul Naim FC di Kota Bharu pada 26 April. Secara peribadi, saya melihat rancangan kelab mengatur aksi persahabatan dengan pasukan berprestij tinggi ini adalah tepat dalam usaha membantu memperkasakan lagi kekuatan Negeri Sembilan.

“Kita tahu pasukan seperti Selangor, KL City dan Kedah antara pencabar terkuat dalam Liga M. Jadi, kami perlu ambil peluang ini untuk menilai tahap keupayaan masing-masing dan berusaha mencapai tahap prestasi terbaik sebelum liga bermula,” kata Nasrullah menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, beliau juga mengakui aksi persahabatan itu bertujuan ingin memperkukuhkan lagi beberapa aspek kelemahan pasukan tersebut untuk tampil lebih baik sebelum aksi liga bermula.

Musim lalu pasukan tersebut menamatkan cabaran Liga Super di tangga kesembilan bersama enam kemenangan sahaja diraih daripada 26 perlawanan diharungi.

Beberapa rombakan telah dibuat dengan ada pemain-pemain baharu menyertai mereka daripada slot tempatan sehingga ke arah import musim ini.

Takumi Sasaki, Jacque Faye, Aliyu Abubakar, Hadin Azman, dan beberapa lagi pemain menjadi rekrut baharu pasukan tersebut sambil kini ramai masih menantikan jurulatih utama mereka diumumkan oleh media.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN