Penyerang veteren, Kazuyoshi Miura atau lebih dikenali sebagai ‘King Kazu’ akan terus beraksi dalam kancah bola sepak profesional pada usia 54 tahun selepas kontraknya bersama Yokohama FC disambung untuk semusim lagi.
Umur Miura akan genap 54 tahun pada 26 Februari ini iaitu sehari sebelum saingan J League musim baharu bermula.
Bekas penyarang kebangsaan Jepun itu menyertai Yokohama pada 2015 dan akan beraksi dalam musim ke-17 bersama kelab tersebut.
【King Kazu】
Kazuyoshi Miura will be playing for another year with Yokohama FC at the age of 5️⃣ 4️⃣ pic.twitter.com/wmeZodrmuO
— AFC (@theafcdotcom) January 11, 2021
“Aspirasi dan cinta saya terhadap bola sepak hanya meningkat dan tak pernah luntur,” katanya.
Perjalanan Miura bermula di Brazil selepas beliau berkelana ke negara Amerika Selatan itu seorang diri pada 1982 ketika berusia 15 tahun dan menyertai Clube Atletico Juventus, sebuah kelab remaja yang berpangkalan di Sao Paulo.
Beliau menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Santos sebelum menyertai beberapa kelab Brazil yang lain termasuk Palmeiras dan Coritiba sebelum kembali ke Jepun pada 1990.
Sewaktu bersama Verdy Kawasaki, kelab Itali Genoa telah meminjamnya untuk tempoh semusim dan kembali semula ke Jepun untuk menyertai beberapa pasukan lain dan sempat beraksi bersama kelab Croatia dan Australia.
💪A month shy of 51 and still signing new contracts!
🇯🇵Kazuyoshi Miura is set to continue his record-breaking career with another season at Yokohama FC!
👑Incredibly, 'King Kazu' was part of the side which won @jfa_samuraiblue's first ever @afcasiancup… back in 1992! pic.twitter.com/osaU0OUSmL
— FIFA (@FIFAcom) January 11, 2018
Ketika bersama pasukan negara, beliau telah menyumbang 55 gol daripada 89 penampilan dan menjadi pemain Jepun pertama yang menerima anugerah Pemain Terbaik Asia pada 1992.
Bagaimanapun pencapaian ‘King Kazu’ masih jauh untuk menyamai atau mengatasi rekod pemain bola sepak profesional tertua di dunia.
Rekod tersebut adalah milik Ezzeldin Bahader yang beraksi untuk kelab divisyen ketiga Mesir pada usia 74 tahun 125 hari yang disahkan oleh Rekod Dunia Guiness pada 7 Mac 2020. Beliau telah memecahkann rekod milik pemain Israel, Isaac Hayik yang berusia 73 tahun 95 hari.
Lupakan King Kazu, Ini Pemain Pemain Bola Sepak Profesional Tertua Di Dunia https://t.co/1XgqZdC1TA pic.twitter.com/zTc0zF4aI9
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 20, 2020
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain:
Bojan Hodak Mahu Pacu Prestasi Lebih Cemerlang Buat Kuala Lumpur
Oliver Sedar Kesilapan Tetapi Pelik Pemain Liverpool Tak Minta Berikan Kad Merah Kepada Pickford
Dejan Kulusevski Harap Ibrahimovic Kembali Perkuatkan Skuad Sweden