Banyak pihak yang menggesa penyerang remaja sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin segera dipanggil ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk mengatasi masalah ketumpulan di bahagian serangan.
Namun begitu, pengendali skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee yang ditemubual Bernama meminta semua pihak lebih tenang dan bersikap rasional bagi meraikan peningkatan prestasi pemain muda negara tersebut ketika ini.
Menurut Kim Swee, penjaring terbanyak kejuaraan AFC B-16 2018 itu dan pemain-pemain muda negara lain seharusnya diberi pendedahan secara berperingkat dengan menyertai pertandingan di pelbagai peringkat umur sebelum terus diserap ke skuad senior kebangsaan.
M Karathu Gesa Tan Cheng Hoe Panggil Luqman Hakim Ganti Norshahrul – https://t.co/bs08oioxwC pic.twitter.com/vdlozktOpY
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 12, 2019
“Biar Luqman dan barisan pemain B-18 yang lain melalui kelayakan Kejuaraan B-19 AFC, kita jangan ganggu persiapan mereka kerana ia lebih penting di mana kalau layak ini akan memberi peluang yang lebih baik untuk mereka bersama skuad Sukan SEA sebagai permulaan.
“Saya tak setuju kalau kata Luqman terus pergi beraksi dengan skuad kebangsaan, biar dia naik secara berperingkat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Seminar Memperkasakan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) di sini, semalam.
Tambah pengendali berusia 48 tahun itu, tekanan dan tumpuan meluas kepada pemain muda ini hanya akan menjejaskan fokus mereka menjelang pusingan kelayakan Kejuaraan AFC B-19 2020 di Kemboja bermula 2 Nov ini.
Kim Swee yang pernah membimbing Malaysia merangkul pingat emas Sukan SEA 2011 di Jakarta turut menjelaskan kelompok pemain skuad B-18 negara kini merupakan pemain yang bakal bersama skuad B-22 kendaliannya dalam misi mengintai peluang beraksi pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Tunggu Tahun Depan Luqman Hakim Dan Mukhairi Ajmal, Kata Tan Cheng Hoe – https://t.co/OXGp443gVK pic.twitter.com/88S9JLlAP1
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 2, 2019
“Saya tahu semua pemain mahu bermain dalam Sukan SEA tetapi kelayakan Kejuaraan B-19 AFC itu perlu menjadi keutamaan di mana skuad B-16 dan B-23 kita telah gagal, jadi sekurang-kurangnya kita mahu satu pasukan negara untuk layak.
“Mereka ini juga akan jadi pemain generasi seterusnya yang akan berjuang dalam kelayakan Sukan Olimpik 2024 jadi kalau mereka layak ke Kejuaraan AFC B-19 2020 ia menjadi platform pendedahan yang sangat bermakna,” tambah jurulatih kelahiran Melaka itu lagi.
Luqman Hakim ternyata membangkitkan satu fenomena luar biasa dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia dengan bakat luar biasa yang dimilikinya. Awal bulan ini beliau telah pun disenarai oleh media Britain The Guardian sebagai salah seorang daripada 60 pemain remaja terbaik dunia.
Sukan SEA: Datuk Ong Kim Swee Sahkan Luqman Hakim Dalam Senarai ‘Call-up’ Awal – https://t.co/3HxMu6Bsmn pic.twitter.com/NjbFbaJXe7
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 15, 2019
Selain itu, pemain kelahiran Kota Bharu itu turut ditawarkan kontrak profesional bersama kelab divisyen satu Belgium, KV Kortrijk selama lima tahun.
Oleh yang demikian timbul persoalan mengapa Harimau Malaya masih ragu-ragu untuk memberikan pemain muda itu peluang untuk beraksi bersama skuad kebangsaan sekalipun untuk perlawanan persahabatan bagi menguji kemampuannya.
Orang ramai turut membandingkan dengan negara jiran Thailand yang berani menyerap pemain-pemain muda seperti pemain berusia 19 tahun, Ekanit Panya dan Suphanat Mueanta yang baru berusia 17 tahun ke dalam skuad utama mereka.
Malah kedua-duanya diberi peluang beraksi ketika mereka menewaskan UAE 2-1 dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 tempoh hari.
Mengapa Ekanit Panya Lebih Bersedia Ke Peringkat Senior Berbanding Luqman Hakim – https://t.co/vP3eHV7kIE pic.twitter.com/iBpy5qKQX3
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 16, 2019
Walau apa pun perancangan Tan Cheng Hoe dan Datuk Ong Kim Swee, peminat bola sepak tanah air sudah tentu mahu yang terbaik untuk Luqman Hakim dan mengharapkan Malaysia bakal memiliki penyerang handalan seperti Allahyarham Mokhtar Dahari yang pernah diiktiraf penyerang terbaik Asia satu ketika dahulu.