Kim Swee Masih Tak Puas Hati Dan Sasar Bawa Malaysia Layak Ke Olimpik Tokyo 2020

Datuk Ong Kim Swee baru sahaja mencipta kejayaan terbesar dalam karier beliau sebagai jurulatih. Beliau meletakkan Malaysia B-23 dalam kelompok 8 terbaik Asia pada kejohanan AFC B-23.

Malaysia menjadi negara Asia Tenggara pertama layak ke suku akhir kejohanan ini dalam sejarah. Beliau memuji komitmen para pemain beliau di dalam dan di luar padang sepanjang kejohanan itu.

Namun begitu, beliau masih belum puas dan mahu mencipta lebih banyak kejayaan pada masa yang akan datang. Sasaran beliau selepas ini ialah membawa skuad bola sepak Malaysia layak ke sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

“Walaupun kita bermain dengan baik ketika menentang Korea Selatan tapi saya tetap tak berpuas hati kerana kita tak layak ke separuh akhir.

“Kita tak boleh berhenti setakat sini, secara peribadi sasaran saya adalah layak ke Sukan Olimpik tapi dengan syarat saya mempunyai persiapan cukup baik, apa yang perlu saya lakukan adalah menjadi empat pasukan terbaik (Kejohanan B-23 AFC 2020),” kata Kim Swee kepada Berita Harian.

Skuad negara hadir tanpa sebarang harapan di China, mereka kemudiannya mengejutkan ramai pihak termasuk pasukan-pasukan gergasi Asia sehingga la­yak ke peringkat suku akhir.

Kejayaan layak ke suku akhir AFC B-23 ini bakal dijadikan penanda aras untuk kelayakan AFC B-23 pada 2020.

“Para pemain berhak untuk meraikan kejayaan ini tetapi saya tidak mahu mereka terbawa-bawa sehingga lupa diri. Saya tidak mahu kejayaan ini mengingatkan mereka bahawa adalah ‘superstar’ (bintang) sebaik tiba di Malaysia nanti.

“Pemain-pemain ini berhak menerima pujian tetapi saya mahu mereka mengambil setiap pujian itu dari sudut positif sebagai motivasi untuk mereka untuk melangkah lebih jauh.

“Harus diingat, kejayaan layak ke suku akhir adalah sebagai permulaan buat bola sepak negara kita, jadi kita mahu melepasi pe­nanda aras ini dengan melangkah ke tahap lebih tinggi, bukan untuk berbangga sehingga prestasi kita kembali merudum.

“Jadi, mereka harus sedar bahawa cabaran getir dan laluan su­kar sedang menanti mereka kerana saya percaya pasukan-pasukan gergasi Asia lain mula memandang serius terhadap keupayaan Malaysia pada masa akan datang,” katanya kepada Kosmo.

Mengulas mengenai perancangannya untuk skuad Malaysia B-23 selepas ini, Kim Swee bercadang membawa barisan pemain yang berusia 21 tahun ke bawah untuk bertanding dalam acara bola sepak Sukan Asia 2018 di Indonesia.

“Kita ada beberapa cadangan seperti membawa pemain berusia 21 tahun sekarang ke Sukan Asia. Tapi kita kena tahu, kita tak boleh meletakkan apa-apa sasaran. Kalau kita ada sasaran, kita perlu hantar skuad terbaik.

“Jika tiada sasaran, saya lebih rela membawa pemain bawah 21 tahun di mana semua kelab gabungan, harus memberi pelepasan pemain ini. Kita tak meminta pemain berusia 23 tahun tapi pemain berusia 21 tahun ke bawah sebagai persiapan kita ke kelayakan 2019,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN