Kim Swee Ke Semporna Sambar Azhad Harraz Untuk ‘Sempurnakan’ Sabah FC

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sanggup untuk turun sendiri ke Semporna untuk menawarkan kontrak selama empat tahun kepada Azhad Harraz Arman.

Berdasarkan perkongsian di media sosial Sabah FC baru-baru ini, Kim Swee dan pengurus pasukan, Marzuki Nasir terbang ke Semporna dari Kota Kinabalu untuk berjumpa sendiri keluarga Azhad untuk menerangkan dengan lebih terperinci perancangan kelab untuk pemain muda itu.

Selepas pertemuan tersebut, kontrak berdurasi empat tahun juga telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan ditandatangani oleh Azhad untuk mengesahkan dirinya sebagai pemain Sabah FC pada musim hadapan.

Nama Azhad Harraz mulai menjadi sebutan di kalangan peminat bola sepak tempatan selepas muncul penjaring kedua terbanyak di kalangan pemain tempatan di Liga Premier musim ini.

Hanya kurang satu gol daripada penjaring terbanyak tempatan, Nurshamil Abd Ghani yang meledak sembilan gol, Azhad Harraz boleh menjadi pemain yang diharapkan untuk mengemudi jentera serangan pasukan negara pada masa hadapan.

Ketua jurulatih skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah sebelum ini pernah menganggap penyerang muda, Azhad Harraz Arman sebagai prospek besar negara pada masa akan datang yang perlu diambil perhatian selepas mempamerkan aksi memberangsangkan bersama pasukan musim ini.

Azhad yang sememangnya anak jati Semporna, Sabah merupakan produk Akademi Tunas NFDP Sabah sebelum ke AMD dan bermain untuk Skuad Projek FAM-MSN di Liga Premier pada musim lepas.

Azhad juga merupakan sebahagian daripada anggota skuad B-22 negara kendalian Brad Maloney yang layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 negara di Uzbekistan tahun hadapan selepas muncul juara kumpulan di pusingan kelayakan yang diadakan di Mongolia pada Oktober lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN