Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon memasang impian untuk terus memberi rasa gembira buat para penyokong setia bola sepak Malaysia menjelang siri-siri perlawanan bakal dihadapinya nanti.
Malaysia yang berjaya melakar sejarah untuk melayakkan diri secara merit ke saingan Piala Asia kini menjadi antara pasukan yang sibuk ketika ini mengadakan pelbagai persiapan untuk tampil lebih baik.
Jadual Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon akan berdepan Oman, Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei/Timor-Leste dalam saingan Kumpulan D.#FAM #HarimauMalaya #FIFAWorldCup #AsianCup2027 pic.twitter.com/JSI8WgBlXU
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 27, 2023
Malah, Harimau Malaya juga berjaya mendapatkan lawan yang jauh lebih kuat kini berbanding kebiasaan untuk menjadi lawan mereka dalam aksi persahabatan.
Menerusi pasukan seperti China dan Syria yang bakal dihadapi Malaysia pada bulan hadapan, ia dianggap sebagai ujian pertama buat Kim untuk mengenal pasti kelemahan serta kekuatan semasa skuad negara.
Bagi menghadapi siri-siri persahabatan tersebut, Kim menegaskan kepada para pemain yang terpilih supaya tidak sesekali gentar untuk berdepan negara-negara lebih kuat dalam bola sepak berbanding mereka.
Pengendali dari Korea Selatan itu juga mencabar kepada para pemainnya untuk tampil dengan corak permainan lebih menyakinkan serta mencipta kejutan positif buat para penyokong bola sepak negara.
Malah, beliau juga memasang impian untuk membuatkan para penyokong setia bola sepak Malaysia bangga dengan pencapaian dilakar oleh skuad kebangsaan.
“Kita tahu menjelang September kesemua lawan kita cukup kuat dan kalau kita mahu capai peringkat tertinggi, kita perlu harungi dan melepasi halangan ini.
“Jadi kita kena mencabar diri dan tidak gentar…kita akan cuba gunakan kelebihan yang ada (apabila beraksi di gelanggang sendiri) dengan mendapatkan sokongan penykong.
“Kita akan cuba sebaik mungkin dengan memberi persembahan terbaik dan raih keputusan untuk membuatkan peminat bola sepak Malaysia bangga dengan pasukan kebangsaan Malaysia,” katanya menerusi Harian Metro.
Siaran Media: Skuad Harimau Malaya Berdepan Syria & China Bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1, September Ini
▶️ Baca penuh di https://t.co/LkShIcMDzM#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/3MCaRmkSan
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 31, 2023
Untuk rekod, kehadiran Kim bersama Harimau Malaya dianggp sebagai cahaya harapan baharu buat bola sepak negara di pentas antarabangsa selepas keputusan dihasilkan beliau sehingga kini dianggap cukup baik.
Malah, daripada segi kedudukan ranking juga bertambah positif buat Harimau Malaya dengan kembali berada di landasan terbaik selaku salah satu kuasa besar di Asia Tenggara.
Selain berdepan China dan Syria, Malaysia juga bakal menganjurkan Pestabola Merdeka pada bulan Oktober dengan tiga lagi negara turut menyertainya iaitu Lubnan, India, serta Palestin.