Kim Pan-gon Sedia Berikan Segalanya Untuk Hadapi Korea Selatan

Pengendali utama Harimau Malaya, Kim Pan-gon tetap tampil dengan begitu optimis walaupun pasukan kebangsaan sudah pun tidak akan melayakkan diri ke saingan 16 terbaik Piala Asia 2023.

Aksi bertemu Korea Selatan sebenarnya mungkin tidak akan membawa apa-apa maksud lagi buat Malaysia untuk mereka cuba melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Namun ia sekurangnya mampu untuk mengubati hati mereka serta para penyokong negara sebelum pasukan kebangsaan berangkat pulang dari Qatar.

Terdahulu, skuad kendalian Kim gagal untuk mengumpul sebarang mata selepas mengharungi dua perlawanan setelah mereka mencatat semua kekalahan serta tiada sebarang gol dapat terhasil.

Pastinya Kim sekurangnya ingin memberikan sedikit kegembiraan buat para penyokong Malaysia untuk sekurangnya cuba mencipta kejutan berdepan jaguh dari Asia itu.

Walaupun sedar Korea Selatan berada dalam kelas tersendiri, pengendali berpengalaman itu tetap mempunyai azam tersendiri untuk berdepan pasukan tersebut pada aksi terakhir itu.

“Kami sedar yang kami akan menentang pasukan gergasi (seperti Korea Selatan), tetapi kami mesti bertarung. Kami datang ke sini untuk menunjukkan bahawa kami layak berada di sini.

“Namun, kami masih lagi perlu belajar, menyemak serta mengimbangi apa yang perlu kami lakukan untuk masa depan,” katanya menerusi laporan dikeluarkan sendiri melalui Harian Metro.

Pada masa sama, Kim juga menyatakan barisan pemain kendaliannya sedia memberikan segala yang terbaik untuk mengharungi perlawanan terakhir itu berdepan Son Heung-min dan para tonggak Korea Selatan lain.

Malah, beliau juga tidak putus memberikan pujian kepada semangat para pemain untuk mengharungi kejohanan tersebut sejak awal ianya berlangsung.

“Sekurang-kurangnya pemain menunjukkan kepada orang ramai mentaliti Malaysia dan sikap tidak pernah berputus asa sejak perlawanan dengan Jordan.

“Ia akan diteruskan hingga aksi terakhir (menentang Korea Selatan). Dalam dua tahun kebelakangan ini, apa yang kami lakukan, bergerak ke hadapan dan berjaya menunjukkan kami mampu mencabar pasukan di kelompok 100 teratas.

“Kami mengawal dan mendominasi, itulah yang kami mahu lihat,” katanya akhir sekali mengenai semangat para pemainnya di kejohanan tersebut.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN