Kim Pan-gon: “Saya Fikir Ini Adalah Skuad Terbaik”

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon tampil begitu optimis dengan skuad kendaliannya kini yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat, sebagai persediaan untuk saingan Piala Asia 2023 di Qatar tidak lama lagi.

Tampil dengan beberapa keputusan menyakinkan pada beberapa perlawanan antarabangsa lalu, pastinya momentum tersebut ingin dikekalkan jurulatih dari Korea Selatan itu sebelum menghadapi saingan besar itu tidak lama lagi.

Terdahulu, seramai 26 pemain telah dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat dengan beberapa nama pemain dianggap sangat menyakinkan dalam kalangan para peminat setia Harimau Malaya.

Melihat kepada senarai nama pemain tersebut, jelas ada beberapa perubahan kecil dilakukan Pan-gon termasuk bintang naturalisasi baharu Harimau Malaya iaitu Romel Morales serta tonggak tengah, Natxo Insa.

Menurut Pan-gon, beliau jelas sangat teruja ketika ini selepas melihat situasi para pemain dipanggil beliau untuk menjalani kem latihan pusat di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut jurulatih berpengalaman itu, setiap pemain Malaysia yang dipanggil kali ini jelas memiliki kelebihan tersendiri untuk membentuk satu pasukan lebih kuat.

“Saya gembira kerana pemain yang saya hendak berada bersama kami sekarang dan kami mempunyai pasukan terbaik serta seimbang, terutama di posisi bertahan dan menyerang.

“Kami mempunyai campuran pemain yang baik dari pelbagai posisi. Saya fikir ini adalah skuad terbaik ketika ini.

“Untuk latihan awal ini, kita akan lihat dahulu kondisi setiap pemain sebelum kita memulakan perancangan secara taktikal,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, pengendali tersebut turut menjelaskan situasi dua lagi pemain yang masih tidak melaporkan diri dalam sesi latihan di Wisma FAM.

Kata Pan-gon, kelibat Dion Cools serta Endrick dos Santos tidak kelihatan kerana masing-masing mempunyai alasan tersendiri yang dianggap sangat kukuh.

“Dion Cools akan menyertai pasukan pada minggu pertama atau kedua Januari nanti dan bergantung pada jadual penerbangannya.

Endrick Dos Santos pula meminta cuti beberapa hari kerana isterinya baru melahirkan anak,” katanya akhir sekali mengenai situasi dua pemain yang dianggap sangat penting buat beliau bersama Harimau Malaya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN