Kim Pan-gon Pilih Jepun & China Beradu Kekuatan Dengan Malaysia

Tahun 2023 dilihat bakal menjadi sesuatu yang sibuk buat pengendali skuad negara iaitu Kim Pan-gon selepas dijangka banyak aksi-aksi membabitkan skuad negara akan dihadapi beliau bermula bulan Mac ini.

Bermula Mac ini, ada dua aksi persahabatan Tier 1 akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri yang membabitkan negara jemputan iaitu Turkemistan dan kemungkinan Taiwan atau Kuwait untuk dipastikan kembali.

Perkara ini dinyatakan sendiri menerusi Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi dengan aksi-aksi lain turut menanti Harimau Malaya.

Dalam persediaan untuk saingan Piala Asia, pastinya ia menjadi medan terbaik buat Pan-gon bagi menguji barisan pemain beliau dengan beberapa muka serta gandingan baharu mungkin bakal diuji.

Bersambung pada bulan Jun, aksi seterusnya membabitkan skuad kebangsaan bakal membabitkan dua lagi negara iaitu Yaman bersama Syria atau Oman dengan lokasi perlawanan masih belum ditentukan.

Pada bulan September, skuad kebangsaan akan berlepas ke luar negara untuk menguji dua pasukan yang dianggap sangat berkualiti kali ini dengan Jepun, China, Uzbekistan, serta Hong Kong berkemungkinan bakal menjadi lawan Harimau Malaya.

Setelah agak sepi dengan saingan Pesta Bola Merdeka, buat julung kalinya kejohanan tersebut bakal dianjurkan kembali tahun ini pada bulan Oktober.

Lebih menarik, aksi juga bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bersama padang rumput baharu selepas ianya ditukar mengikut saranan ditetapkan.

Pada saingan ini, tiga negara telah dijemput oleh FAM dengan membabitkan India, Lubnan atau China, serta Palestin untuk berhadapan Malaysia bagi merebut kejuaraan itu.

Pada masa sama, mengenai proses pemain naturalisasi baharu pada tahun ini FAM jelas menghentikan seketika program tersebut, tetapi membenarkan mana-mana kelab untuk mendaftarkan calon baharu.

Untuk slot naturalisasi juga tiada lagi keistimewaan akan diberi dengan Pan-gon hanya akan memanggil mana-mana pemain yang dirasakan layak untuk membarisi skuad kebangsaan.

Antara calon pemain naturalisasi yang hangat diperkatakan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan kini ialah bintang Kuala Lumpur City (KL City) Romel Morales dan Paulo Josue.

Selain itu, Terengganu juga dikhabarkan sudah berada dalam proses untuk mendaftarkan pertahanan import mereka sebagai pemain naturalisasi iaitu Argzim Redzovic.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN