Kim Pan-gon Jelaskan Erti & Maknanya Malaysia Baginya

Kim Pan-gon Malaysia erti dan maknanya

Tentunya kita tertanya-tanya, apa maknanya Malaysia bagi pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon sejak dilantik bermula pada Januari lalu.

Kim adalah pengendali yang memiliki falsafah ‘berat’ dalam membentuk pasukan. Ini dapat dilihat dalam ‘kitab’ lamanya bersama Hong Kong.

Dapat dilihat beliau menerapkan falsafah yang sama ketika membimbing Hong Kong dengan apa yang kita saksikan dalam skuad kebangsaan kini.

Dalam sidang media selepas membenam Kemboja juga dapat dilihat beliau telah menekankan perkara yang sama iaitu apa yang beliau mahu lihat.

Seperti saya katakan sebelum ini, kita mahu kekalkan DNA Malaysia – aspek dominasi perlawanan, semangat melawan, agresif, kompak dan bermain satu pasukan. Banyak kesilapan di babak kedua, saya sentiasa meminta lebih dan mereka telah berikan yang terbaik semampu mereka [di padang],ungkapnya.

Itu sebahagian apa yang kita tahu daripada penjelasannya. Selebihnya, pemain-pemain di kem latihan lebih mengetahui apa yang dimahukannya.

Apa yang dapat dilihat daripada sidang medianya, beliau katakan beliau adalah seorang yang sentiasa memberi tekanan dan mendesak pemain untuk memberikan sebaiknya di padang. Beliau bukan senang berpuas hati.

Saya memang berniat menekan mereka kerana ketika ini kita perlu tingkatkan kekuatan fizikal untuk mendapatkan tahap kecergasan yang sebaiknya,” jelas Kim lanjut yang mencerminkan tentang kehendaknya.

Sebenarnya, apa erti dan maknanya Malaysia buat Kim Pan-gon?

Foto di atas adalah daripada sesi taklimat dan penerangan olehnya kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM yang berlangsung hari ini mengenai persiapan skuad negara menjelang Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Dalam foto itu dapat dilihat Kim sedang bercakap tentang nilai pasukannya.

Itu adalah antara nilai-nilai yang diterapkannya ke dalam skuad kebangsaan.

Daripada setiap huruf yang membina perkataan Malaysia, beliau mencipta nilai-nilai yang perlu ada pada Harimau Malaya. Ia mencerminkan kekuatan skuad kendaliannya yang mengutamakan nilai-nilai positif tersebut sebelum diterapkan pula falsafah dan gaya permainan seperti yang diidamkannya.

Setiap pemain yang menerima cabaran untuk bersama skuad kebangsaan wajar memiliki semua yang disenaraikannya. Antara yang menarik perhatian adalah kerja berpasukan. Ini disebutnya dalam sidang media malam tadi.

Selain itu, beliau juga menagih komitmen, cita-cita tinggi serta pengorbanan daripada pemainnya. Tidak mudah untuk arif kemahuannya dalam masa yang singkat. Oleh itu, kepercayaan perlu ada dalam diri setiap pemain bagi melancarkan setiap arahan yang diberikan ketika latihan dan perlawanan.

Mungkin atas faktor itulah beliau berasa terharu dengan apa yang ditonjolkan oleh muka-muka baharu Harimau Malaya malam tadi.

Saya tidak sangka kita dapat jaring empat gol kerana kita hanya dapat berkumpul dalam masa yang singkat dan kita memanggil banyak pemain baharu. Nampak seperti kita sudah lama bermain bersama,” tegas Kim.

Nilai kesetiaan, hormat-menghormati dan patriotisme juga antara yang ditekankannya. Ini akan dapat membangkitkan aura pasukan dengan sendirinya tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada percaturan taktikal.

Anda dapat lihat nilai patriotisme yang tinggi dalam permainan beberapa pemain naturalisasi biarpun mereka sering berdepan pandangan kritis daripada penyokong dan pemerhati skuad kebangsaan. Cuba lihat apa yang diberikan oleh Lee Tuck dalam permainannya. Beliau beri segalanya.

Anda juga dapat lihat nilai ini dalam diri Brendan Gan. Masih ingat dengan kenyataan ini, “Saya bukan pemain naturalisasi, disebabkan asal usul bapa saya.” Beliau berang apabila ada yang mengatakan beliau adalah antara pemain naturalisasi seperti Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh.

Aksi bertenaganya di atas padang mempamerkan betapa beliau sangat cintakan Malaysia walaupun beliau dilahirkan di Sutherland, Australia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN