Kim Pan-gon Individu Paling Layak Bimbing Skuad B-23 Negara?

Nama pengendali skuad kebangsaan iaitu Kim Pan-gon kini secara tiba-tiba menjadi popular dalam kalangan penyokong bola sepak Malaysia untuk memimpin pasukan bawah 23 (B-23) negara pada masa akan datang.

Sebelum itu, E. Elavarasan sah meletakkan jawatan beliau selaku pengendali utama skuad B-23 negara selepas memastikan pasukan tersebut mara secara merit ke pusingan terakhir Piala Asia B-23 2024.

Elavarasan mula menjawat tugas selaku pengendalu pasukan tersebut sejak awal September tahun lalu untuk mengisi kekosongan ditinggalkan bekas jurulatih, Brad Maloney ketika masih menjadi pembantu kepada Pan-gon.

Untuk melancarkan sistem kejurulatihan antara pasukan senior dan skuad pembangunan negara, FAM mengambil keputusan untuk melantik Elavarasan sebagai pengendali baharu skuad B-23 negara ketika itu.

Sepanjang bersama skuad B-23, pengendali tersebut telah pun memberi satu kejayaan iaitu kejuaraan Merlion Cup di Singapura pada Mac lalu selain membantu mereka melayakkan diri ke Piala Asia 2024 secara merit.

Namun begitu, pengendali ini turut tidak terlepas daripada kritikan penyokong selepas kegagalan beliau untuk merekodkan sesuatu lebih positif pada saingan Sukan SEA di Kemboja Mac lalu.

Malah, Elavarasan turut gagal memenuhi sasaran diletakkan FAM untuk membantu skuad B-23 mara ke pusingan akhir Piala AFF sebelum tampil tidak konsisten dalam aksi kelayakan Piala Asia 2024.

Ketika ini, jawatan tersebut masih lagi belum diisi oleh mana-mana jurulatih baharu dengan beberapa nama dicadangkan oleh sesetengah pemehati bola sepak negara untuk menggantikan khidmat Elavarasan.

Antara nama yang dicadangkan untuk mengambil alih tampuk kejurulatihan skuad B-23 negara kini terarah kepada Pan-gon selepas bekas jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah turut bersetuju tentang perkara tersebut.

Menurut Azraai, jurulatih dari Korea Selatan itu dianggap individu paling layak untuk memegang jawatan tersebut kerana Pan-gon berupaya mengatasi masalah dialami skuad B-23 daripada segi ‘attitude’.

“Kita faham kontrak Pan-gon dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) adalah untuk skuad senior sahaja. Tapi jika beliau (Pan-gon) sedia nak bawa pasukan B-23 bagi saya Alhamdulillah.

“Pasukan B-23 bagi saya ada potensi untuk menyerlah di Piala Asia B-23 nanti, bila saya tengok mereka main masa lawan Thailand tempoh hari, pasukan kita kawal permainan tetapi penyudah sahaja tak ada.

“Paling ketara adalah ‘attitude’. Pemain muda kita tak ada perkara itu, tetapi perkara itu ada pada skuad senior. Kita boleh lihat semasa skuad senior lawan China (aksi persahabatan antarabangsa), pemain senior bermain dengan ‘attitude’ dan kita hampir boleh menang.

“Kalau ‘attitude’ itu ada pada skuad B-23, dah tentu pasukan akan lebih baik. Saya tak nampak jurulatih tempatan, tetapi kalau nak ambik import pula merugikan.

“Saya fikir Pan-gon sesuai untuk tugasan itu, malah tempoh antara dua kejohanan (Piala Asia skuad senior dan Piala Asia B-23) ada baki tempoh dua bulan untuk persiapkan pasukan B-24,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Selain Pan-gon ada juga jurulatih tempatan turut dikaitkan kini sesuai untuk mengendalikan skuad B-23 berdasarkan reputasi semasa mereka seperti Hairuddin Omar, Nafuzi Zain, Yusri Che Lah, serta beberapa nama lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN