Kim Pan-gon Hadapi Misi Cukup Getir Untuk Berdepan Cabaran Oman

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon dijangka bakal berdepan tugas getir untuk saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 peringkat Kumpulan D pada 22 Mac ini.

Terdahulu, Harimau Malaya berada di landasan terbaik di pentas Kumpulan D hasil dua kemenangan diraih untuk mereka memperoleh enam mata penuh sekali gus, meletakkan Malaysia di tempat teratas.

Bermula dengan siri kemenangan dramatik 4-3 ke atas Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), momentum Harimau Malaya diteruskan dengan kutipan mata penuh kali kedua sewaktu mengatasi Taiwan 1-0 di gelanggang lawan.

Secara keseluruhan, Malaysia dianggap sebagai antara pasukan pilihan dan penuh kejutan pada saingan kali ini untuk cuba melayakkan diri ke pusingan seterusnya jika mereka mampu memenangi aksi menentang Oman.

Namun, menerusi keadaan semasa skuad Harimau Malaya ianya dilihat sangat berisiko buat mereka untuk cuba mendapatkan sebarang mata atau mempamerkan aksi di gelanggang lawan tidak lama lagi.

Menurut pemerhati bola sepak negara iaitu Mohd Sadek Mustafa, beliau melihat beberapa perubahan dalam rangka persiapan pasukan kebangsaan dianggap mampu memberi cabaran getir buat Kim untuk menguruskan Harimau Malaya.

Disebabkan itu, Sadek mengingatkan kepada para penyokong untuk tidak meletakkan sebarang harapan tinggi bagi dua aksi pasukan negara yang akan menentang lawan di kedudukan ranking ke-80 dunia itu akan datang.

Malah penyokong setia Harimau Malaya juga tidak boleh terbuai dengan aksi berkualiti ditampilkan negara sewaktu menentang Korea Selatan pada aksi Piala Asia 2023 lalu di Qatar.

“Liga kita sedang berehat jadi pemain tiada ‘match fitness’. Ketiadaan ‘match fitness’ ini adalah satu perkara yang mengerikan kerana ini akan menjejaskan prestasi pemain.

“Dengan mereka sedang berehat tanpa berlatih, mereka memerlukan masa untuk dapat semula sentuhan.

“Lebih parah kalau tiada perlawanan persahabatan kerana ia sedikit mengganggu keupayaan pemain untuk membuat adaptasi kepada perubahan taktikal dan keberkesanan untuk ‘game plan’ nanti. Ini bakal memberi masalah besar kepada Pan Gon.

“Begitu juga dengan keserasian antara pemain yang datang nanti. Kita juga harus melihat faktor persekitaran di mana latihan berlangsung pada bulan Ramadan dan walaupun ada pemain bukan Muslim, tetapi ini tetap memberi kesan kepada lebih 50 peratus skuad utama.

“Cuma kita harap Pan Gon dapat mengatasi cabaran ini dan berjaya mendapatkan keputusan positif daripada dua perlawanan ini. Ini peluang terbaik untuk kita layak lebih awal ke pusingan seterusnya, jadi kesempatan ini jangan dipersia-siakan,” katanya menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, Sadek juga turut berharap agar para tonggak kebangsaan lain mengekalkan kecergasan serta disiplin mereka selaku pemain profesional untuk memudahkan urusan Kim pada sesi latihan nanti.

“Sepatutnya pemain kebangsaan yang sering dipanggil ini sentiasa berada dalam keadaan cergas. Pemain yang terpilih perlu ada tanggungjawab yang tinggi bagi memudahkan kerja Pan Gon.

“Kalau mereka masih terkial-kial mencari rentak dan sentuhan kerana berehat lama, kita akan nampak ada kecacatan dengan kualiti permainan negara nanti,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN