Skuad kebangsaan akhirnya sekali lagi menggembirakan para penyokong bola sepak tempatan dengan terbaharu kejayaan mereka menewaskan Thailand dalam aksi King’s Cup di Chiang Mai.
Beraksi di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, pasukan kebangsaan berjaya menghadapi lawan dengan aksi yang sangat baik walaupun berhadapan dengan sorakan ribuan para penyokong tuan rumah sejak awal perlawanan berlangsung.
Keputusan Masa Penuh
48th King's Cup 2022 | Khamis, 22 September 2022
THAILAND 🇹🇭 1-1 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Pansa Hemviboon 90'+5
⚽️ La'Vere Corbin-Ong 32'▶️ Malaysia menang penentuan sepakan penalti 5-3 & layak ke final bertemu Tajikistan#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/ebwfuxWFsl
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 22, 2022
Usaha skuad kendalian Kim Pan-gon untuk mendapatkan jaringan pertama perlawanan berhasil setelah pertahanan negara iaitu Corbin Ong muncul selaku peledak gol buat Malaysia.
Walaupun tidak agresif di separuh masa kedua, Malaysia dilihat berjaya bertahan dengan baik sekali untuk menyerap segala asakan tuan rumah dan skuad kebangsaan seolah hampir pasti meraih kemenangan pada pada masa sebenar.
Namun jaringan lewat daripada Pansa Hemviboon pada penghujung separuh masa kedua menyaksikan perlawanan terpaksa diheret ke penentuan penalti sebelum Malaysia akhirny berjaya mengesahkan tempat ke pusingan final.
Menurut Pan-gon selaku ketua jurulatih negara, beliau jelas sangat gembira atas kemenangan yang diraih tersebut sambil tidak putus-putus mengucapkan terima kasih buat para pemain.
“Pertama sekali, saya mahu ucapkan terima kasih kepada para pemain Harimau Malaya atas segala usaha yang mereka berikan termasuk dengan aksi berkualiti.
“Dari segi fizikal dan mental ia jelas memberi tekanan buat para pemain kendalian saya, namun mereka berjaya mengatasi isu tersebut dengan sangat baik.
“Selain itu, jutaan terima kasih juga buat para penyokong malaysia yang sudi meluangkan masa untuk menyokong kami di stadium dan saya sangat kagum dengan perkara tersebut.
“Beraksi di gelanggang lawan bukannya suatu perkara yang mudah, dan akhirnya kami berjaya mendapat keputusan yang bagus serta sekali lagi ucapan terima kasih buat para pemain Harimau Malaya,” ulas Pan-gon menerusi sidang media selepas perlawanan.
Ketika ditanya mengenai faktor kejayaan mereka dalam mengambil sepakan penalti dan sekali gus membawa kemenangan buat skuad negara, Pan-gon menyatakan ianya disebabkan para pemain itu sendiri yang kuat dari segi mental.
Separuh Masa
48th King's Cup 2022 | Khamis, 22 September 2022
THAILAND 🇹🇭 0-1 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ La'Vere Corbin-Ong 32'#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/ovejpDgYW0
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 22, 2022
“Pada awalnya, saya merasakan perlawanan ini sepatutnya boleh ditamatkan pada masa penuh permainan tanpa perlu mengambil sepakan penalti sebagai penentu kemenangan.
“Namun segalanya telah terjadi dan kami perlu menghadapi situasi tersebut. Tetapi apa yang membuatkan saya kagum apabila semangat para pemain yang sangat kuat, keyakinan ada pada mereka membuatkan saya tahu pemain-pemain ini bersedia untuk mengambil penalti.
“Pemain menamatkan dengan sangat baik dan sudah tentu ucapan tahniah harus diberikan buat diri mereka kerana berjaya menyempurnakan semua penalti.
“Beberapa situasi berlaku dan ianya sukar untuk dijelaskan pada separuh masa kedua dan saya terpaksa mengambil beberapa risiko untuk mengubah sedikit pelan asal permainan,” tambah Pan-gon.
Selepas ini, skuad kebangsaan akan berhadapan Tajikistan untuk menentukan siapa juara King’s Cup musim ini di Chiang Mai pada hari Ahad, jam 9:30 malam.